Calon BN DUN "Sungai Lembing", Golongan Muda Penting Di Dekati kabarmalay3.blogspot.com


KUANTAN: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN Sungai Lembing, Datuk Md. Sohaimi Mohamed Shah sentiasa mendekati orang muda bagi mendengar keluh kesah dan kemahuan mereka sekali gus me­ngukuhkan sokongan mereka terhadap parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Md. Sohaimi berkata, semua peringkat kepempimpinan BN perlu berjumpa dengan rakyat termasuk orang muda dan kumpulan sasar selain menyelami permasalahan mereka secara ikhlas serta berhemah.


“Mereka berperanan dalam sesuatu komuniti di samping mempunyai pertalian dengan masyarakat terutama di peringkat akar umbi.

“Golongan ini perlu diberikan pendekatan yang lebih konsisten dengan penyaluran maklumat yang tepat dan cepat berhubung sesuatu isu,” katanya ketika ditemui dalam pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah anjuran Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Bukit Kuantan di Padang Awam Bukit Kuantan di sini semalam.

Menurut Md. Sohaimi, sumbangan pengundi muda terutama dalam kalangan ‘Generasi Y’ yang merupakan majoriti pendaftar pemilih pada PRU akan datang perlu dilihat sebagai salah satu aspek penting.

“Untuk itu, semua pihak dalam kepemimpinan BN perlu bekerja keras bagi memastikan golongan belia mendapat perhatian dan tidak tersisih daripada wadah perjuangan BN,” katanya. #sumber

Subscribe to receive free email updates: