Nilai saham di Bursa Malaysia sudah rugi RM300 bilion sejak PH perintah kabarmalay3.blogspot.com

Saya membaca pengaliran keluar dana asing dari pasaran ekuiti untuk minggu lepas terus meningkat kepada RM464.1 juta berbanding RM314.3 juta untuk minggu sebelum -  iaitu pengaliran keluar 7 minggu berturut-turut.

Ini juga bermakna pelabur asing telah keluarkan RM858.7 juta dari pasaran saham kita untuk elum lagi mengira pengaliran keluar dana asing dari pasaran bon kita yang lebih besar.

Akibat ini dan penjualan domestik, jumlah nilai saham-saham (ataupun total market capitalisation) untuk semua saham disenarai di Bursa Malaysia sudah rugi RM300 bilion.

Sementara itu, BNM melaporkan Rizab antarabangsa negara pada 14 Disember telah turun kepada US$101.4 bilion menurun US$600 juta lagi berbanding akhir bulan November.

Sebelum PRU14, rizab ini bertambah setiap bulan sehingga US$110 bilion. Selepas PRU14, rizab turun setiap bulan dengan jumlah penurunan sebanyak US$8.6 bilion (RM36 bilion).

Penurunan akibat dari pengeluaran pelabur asing serta rizab BNM selama hampir 8 bulan ini tidak seharusnya dibiarkan berterusan. 

Setiap minggu alir keluar, setiap bulan turun. Nak bertahan sampai bila?

Oleh :Najib Razak     #CelahGelegar 

Subscribe to receive free email updates: