Harga RON95 sepatutnya RM1.86 satu liter, rakyat subsidi kerajaan PH 34 sen seliter kabarmalay3.blogspot.com


Berdasarkan data terbaru hari ini, harga purata MOPS untuk petrol RON95 telah jatuh kepada AUD$0.519 satu liter pada akhir minggu lepas berbanding AUD$0.538 untuk minggu sebelum itu.

Mengikut sistem Automatic Pricing Mechanism (APM) seperti dilaksanakan oleh BN, harga RON95 sekarang sepatutnya RM1.86 satu liter.

Ini juga bermakna rakyat sedang memberi subsidi minyak sebanyak 34 sen untuk setiap liter kepada kerajaan PH sempena cuti sekolah dan musim perayaan kini.

Tetapi menteri kewangan kita masih malu untuk mengaku agar senang untuk Senyap-Senyap Tibai.

Kata nak bagi subsidi minyak kepada rakyat, rakyat juga yang beri subsidi kepada kerajaan.

Diskaun tol 10% sehingga 20% bagi lebuhraya PLUS seperti dilaksanakan oleh kerajaan BN setiap tahun untuk hari Krismas pun telah dimansuhkan tahun ini. 

Lagi nak janji untuk mansuhkan tol?

Happy holidays!

Oleh : Najib Razak   #CelahGelegar 

Subscribe to receive free email updates: