Harga barang makanan lebih mahal tahun 2019 - Persatuan pengguna kabarmalay3.blogspot.com

Beliau berkata, kegembiraan atas kemenangan pilihan raya umum lepas kini bertukar menjadi kemarahan berhubung “pelbagai isu”, termasuk harga barang.


Pengguna perlu membayar lebih banyak untuk barang makanan tahun depan berikutan ekonomi yang lembab disebabkan kelemahan ringgit, kata seorang aktivis pengguna.
Jacob George, yang mengetuai Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) berkata, Putrajaya boleh mengurangkan kesannya ke atas pengguna dengan meningkatkan tindakan terhadap aktiviti sorok, penyeludup dan pihak yang terlibat dalam manipulasi harga.
Beliau berkata, harga barang tidak akan turun.

“Ia merupakan trend sejagat apabila berlaku peningkatan kos barangan dan perkhidmatan.
“Tahun depan akan menjadi tahun mencabar kepada pengguna Malaysia,” katanya kepada FMT.
George, seorang aktivis pengguna selama lebih 40 tahun berkata, kerajaan tidak akan dapat mengawal harga sepenuhnya, tetapi boleh memastikan “tangan-tangan gelap” tidak memanipulasi pasaran.
“Perancangan strategik perlu bagi menghentikan penyeludupan dan penyorokan barang makanan serta pemantauan harga,” katanya.
Beliau berkata, kegembiraan atas kemenangan pilihan raya umum lepas kini bertukar menjadi kemarahan berhubung “pelbagai isu”, termasuk harga barang.
Katanya, adalah tidak realistik untuk menjangka harga turun kerana tidak terdapat apa-apa dalam sistem pasaran yang akan membolehkannya berlaku.
“Jika anda lihat corak pengagihan makanan dan keseluruhan rangkaian dari ladang ke meja makan, ia sangat rumit dan tidak mengalami apa-apa perubahan.”
Beliau berkata, Putrajaya harus menjelaskan kepada rakyat bahawa makanan dan perkhidmatan yang murah tidak ada. Sebaliknya kata George, kerajaan perlu menjamin harga barang adalah munasabah dan adil.
Ketua perangkawan kerajaan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin baru-baru ini berkata, indeks harga pengguna Malaysia (CPI) meningkat 0.2% pada Nov 2018 berbanding tahun lepas.
Beliau berkata, peningkatan indeks umum itu adalah disebabkan harga lebih tinggi bagi perumahan, bekalan air, elektrik, gas dan bahan api lain (+2%), pendidikan (+1.4%), restoran dan hotel (+1.2%), makanan dan minuman bukan alkohol (+1.1%) dan minimum berakohol dan tembakau (1%).

Subscribe to receive free email updates: