Kejayaan ini akan DISEMBUNYIKAN Guan Eng kabarmalay3.blogspot.com

Ladang Solar terbesar di Malaysia yang dimilik TNB sudah beroperasi di Kuala Langat, Selangor hampir dua bulan dahulu tetapi berita ini tidak akan dihebohkan oleh Kerajaan PH.

Cerita ini yang saya pernah tulis beberapa bulan dahulu ada kaitan dengan Lynas. Baca seterusnya:

Terdapat perkembangan di seluruh dunia di mana ‘ladang’ solar kini dibina di empangan air bagi menjana elektrik.

Ia mengurangkan kegunaan tanah fizikal, kawasan empangan air itu sendiri sudah mempunyai sistem keselamatan dan dipantau, sistem penyejukan semulajadi dari empangan itu sendiri dapat meningkatkan keberkesanan penjana elektrik solar dan mengurangkan penyejatan hingga 80 peratus.

Beberapa tahun dahulu, TNB telah memulakan projek rintis secara kecilan di loji rawatan air Sungai Labu di Sepang, Selangor dan saya berpendapat kerajaan perlu melihat teknologi ini dalam skala lebih besar. Malaysia ada banyak empangan, tasik dan kawasan takungan air yang boleh digunakan.

Sebenarnya, Malaysia kini dalam kedudukan baik sebagai peneraju tenaga boleh diperbaharui dan teknologi hijau. Inisiatif ini dimulakan ketika pentadbiran saya melalui perlaksanaan Pelan Induk Teknologi Hijau di mana terdapat banyak insiatif lain turut dilaksanakan.

Ramai yang tidak tahu, Malaysia kini adalah pengeluar ketiga terbesar di dunia bagi panel solar selepas China dan Taiwan. Sebelum 2008, semua ini tidak wujud.

Kilang solar pertama di Malaysia bermula pada 2008, dan sejak itu banyak kilang solar memulakan operasi termasuk di Pulau Pinang, Ipoh, Sarawak, Kedah, Melaka dan Cyberjaya, sekaligus mewujudkan berpuluh ribu peluang pekerjaan dan nilai eksport berbilion setahun.

Salah satu keperluan untuk mengeluarkan panel solar dan teknologi tenaga bersih adalah nadir bumi, bernama Neodymium.

Nadir bumi ini juga penting jika negara mahu melibatkan diri dalam pengeluaran kereta elektrik sebagaimana diinginkan Tun Mahathir. Enjin dalam kereta elektrik ini memerlukan magnet yang diperbuat dari nadir bumi ini.

Kilang Lynas di Kuantan adalah pengeluar kedua terbesar Neodymium di dunia. Lynas juga mengeluarkan nadir bumi lain bagi penggunaan produk berteknologi tinggi termasuk elektronik.
https://asmic.akademisains.gov.my/download/RareEarth/RE_Report_Malay.pdf

Lynas penting kerana ia adalah perbekalan bagi nadir bumi di dunia, di luar China. Sebelum ini, China yang menguasai 95 peratus perbekalan nadir bumi pernah mengehadkan eksport kerana mahu mengutamakan permintaan negara itu.

Ini menyebabkan kebimbangan kepada pengeluar barangan elektronik, telefon pintar dan tenaga baharu di seluruh dunia. Melalui Lynas, ia adalah pembekal alternative yang membantu mempromosikan pelbagai industri berkaitan untuk memindahkan pengeluaran mereka ke Malaysia.

Loji Lynas di Kuantan telah beroperasi dengan selamat selama 6 tahun dan mematuhi panduan keselamatan selain menyediakan beribu peluang pekerjaan di Kuantan dan menjana pelaburan dalam industri lain juga.

Setakat ini tiada laporan Wolverine atau Profesor X berkeliaran di jalan-jalan Kuantan atau sekitarnya. Yang ada mungkin Nobita seorang.

Mengimbau kembali, saya gembira kita tidak tunduk kepada tekanan besar Pakatan untuk menghentikan projek Lynas kerana ia banyak memberi kelebihan kepada negara untuk menjadi peneraju teknologi tenaga baharu dan sektor teknologi tenaga diperbaharui.

Oleh :Najib Razak   #CelahGelegar 

Subscribe to receive free email updates: