Khairuddin: Tinjauan Rafizi HAPRAK kabarmalay3.blogspot.com

Aktivis Khairuddin Abu Hassan menyelar tinjauan Invoke, badan penyelidik yang diasaskan bekas naib presiden PKR Rafizi Ramli, berkaitan tahap kepuasan hati orang ramai terhadap Dr Mahathir Mohamad.
Khairuddin, penyokong kuat perdana menteri, membangkitkan perkara itu setelah tinjauan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) memberikan dapatan berbeza.
“Pada realitinya, beberapa dapatan dari kaji selidik Invoke telah membuktikan tiada asas! Rafizi Ramli ramal lain tetapi keputusan hakiki lain jadinya!
“Bagi saya sesetengah tinjauan dan kaji selidik Rafizi Ramli itu 'haprak' dan hanya bermotifkan sesuatu agenda semata-mata!” katanya.
Tinjauan UIA merumuskan Mahathir masih mendapat sokongan sebilangan besar rakyat tanpa mengira kaum, pendapatan, pendidikan dan jantina, dengan 62 peratus responden berpuas hati padanya pada Ogos dan Disember.
Ini bertentangan sekali dengan hasil tinjauan Invoke yang diumumkan pada 19 Disember bahawa tahap kepuasan hati orang ramai terhadap Mahathir merosot daripada 72 peratus pada Jun lalu kepada 53 peratus bulan ini.
Mahathir menolak dakwaan Rafizi dengan membangkitkan ramalan keputusan pilihan raya umum lalu yang tidak tepat.
Khairuddin bagaimanapun berkata Rafizi berhak membuat rumusan sendiri walaupun kadang kala “retorik” semata-mata.
“Sebab itu banyak kes-kes saman malu terhadap beliau di mahkamah berakhir dengan keputusan Rafizi Ramli kena bayar ganti rugi.
“Kadang-kadang saya terasa hendak minta borang-borang kaji selidik Invoke untuk melihat sendiri hasil kajiannya bagi membuat analisis mengenai kesahihannya!” kata Khairuddin. - MK #CelahGelegar 

Subscribe to receive free email updates: