Ini fakta Jurang Pendapatan: Dasar PH Pentingkan Yang KAYA Merencatkan kabarmalay3.blogspot.com

Pendapatan Isi Rumah Kasar Bulanan Penengah bagi rakyat Malaysia telah meningkat 105% dari RM2,552 pada akhir tahun 2007 kepada RM5,228 pada akhir tahun 2016.

Manakala kadar peningkatan untuk Bumiputera pada tempoh yang sama ialah 118% - bermakna pendapatan bagi Bumiputera telah mengalami pertumbuhan lebih cepat dari kadar 105% untuk semua rakyat Malaysia. 

Jika pada tahun 2007 pendapatan Bumiputera hanya 87.3% dari pendapatan bulanan purata untuk rakyat Malaysia, ini telah meningkat kepada 92.7% pada tahun 2016.

Ini menunjukkan jurang pendapatan antara Bumiputera dengan kaum-kaum lain telah bertambah rapat.

Pendapatan bagi penduduk luar bandar tidak mengikut kaum pula telah bertambah 103% iaitu lebih tinggi dari kadar peningkatan 86% untuk penghuni dalam bandar.

Ini bukti bahawa jurang atau perbezaan pendapatan antara luar bandar dan bandar juga sudah berkurangan.

Data rasmi dari Jabatan Statistik Negara ini membuktikan jurang pendapatan antara kaum dan antara bandar dengan luar bandar boleh dikurangkan dengan dasar negara yang betul.

Jika dasar kerajaan kita betul, semua kaum terus berusaha dan terus tidak malas, Malaysia mampu menjadi sebuah negara yang maju, berpendaptan tinggi dan saksama.

Dasar kerajaan BN dahulu sepanjang tempoh 10 tahun yang lalu terbukti telah mengurangkan jurang pendapatan. 

Tetapi saya tengok dasar-dasar baru kerajaan PH yang telah diumumkan selepas PRU14 seperti SST ganti GST dan pemotongan bantuan lebih mementingkan mereka yang kaya dan penghuni bandar sahaja.

Saya bimbang jurang pendapatan Malaysia mungkin bertambah besar selepas ini dan mewujudkan keadaan ketidaksamaan lebih teruk di negara ini, berbanding tempoh 10 tahun lalu di mana jurang itu semakin mengecil.

(Data dari Jabatan Statistiks hanya wujud untuk tahun-tahun yang disenaraikan ini. Mereka tidak mengumpul data pendapatan bulanan untuk tahun-tahun yang lain.)

Oleh : Najib Razak         #CelahGelegar 

Subscribe to receive free email updates: