[PAS BISU?] Pesta ARAK (Oktoberfest) di JB, Khaled Nordin BENARKAN kabarmalay3.blogspot.com


JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor menyarankan agar isu penganjuran pesta makanan dan minuman Jerman (Oktoberfest) khususnya di negeri ini, tidak diperbesarkan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, acara membabitkan minuman keras itu telah dianjurkan pada setiap tahun, namun secara tertutup dan tidak menjemput orang ramai secara terbuka.

Menurutnya, acara berkenaan juga tidak dianjurkan di kawasan terbuka dan pada skala besar berbanding negeri-negeri lain.

"Benda ini sudah lama dibuat dan tidak diwar-warkan atau dihebahkan. Program itu buat di lokasi tertutup sahaja dan bukan seperti di sesetengah negeri yang buat dengan menjemput orang ramai, secara terbuka.

“Jadi kita tidak perlu membesar-besarkan perkara itu," katanya ketika ditemui, di sini, sebentar tadi.

Sebelum ini, poster menunjukkan acara pesta minuman keras itu yang akan diadakan di sebuah hotel di bandar raya ini pada 13 dan 14 Oktober ini menjadi tular di beberapa laman-laman sosial. - Sinar Harian

Subscribe to receive free email updates: