HARAPAN bawa ROS ke mahkamah jika enggan respon permohonan pendaftaran kabarmalay3.blogspot.com



KUALA LUMPUR, 30 OKT: Pakatan Harapan (HARAPAN) mempertimbang untuk membawa Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) ke mahkamah ekoran kegagalan agensi terbabit untuk memberi respon tentang pendaftaran gabungan pembangkang itu.
Dalam respon kepada jawapan Kementerian Dalam Negeri mengenai pendaftaran terbabit, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo menegaskan bahawa pihak ROS tidak boleh terus membisu.
“Sudah ada Pendaftar Pertubuhan yang baharu, Puan Surayati Ibrahim. Beliau sepatutnya membalas surat-surat kami dan memberitahu perkembangan terkini pendaftaran tersebut,” tegasnya dalam kenyataan.
“Kita tidak mahu melihat apa yang terjadi dalam kes DAP berulang kembali.
“Empat tahun baru ROS beri respon. ROS mesti menjawab notis kami. Jika tidak, mungkin kami perlu pertimbangkan mengambil langkah undang-undang untuk memaksa mereka memberi respon,” katanya yang juga Pengerusi Biro Guaman HARAPAN.
HARAPAN telah mengemukakan permohonan kepada pihak ROS pada 28 Julai lalu, disusuli surat memohon untuk berbincang pengenai pendaftaran tersebut pada 21 Ogos.
25 Oktober lalu, HARAPAN memberi notis kepada ROS supaya memberi maklumbalas dalam tempoh 14 hari berkenaan pendaftaran gabungan empat parti DAP, PKR, Amanah dan PPBM.
14 Julai lalu, HARAPAN mengumumkan struktur kepimpinan utamanya yang dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad, selain logo gabungan terbabit. Ia dilihat sebagai langkah proaktif dan mendapat respon positif pelbagai peringkat. – Roketkini.com

Subscribe to receive free email updates: