KPN dedah VIP dalang sindiket judi, PDRM buru ‘9 Dragons’ kabarmalay3.blogspot.com


KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mendedahkan orang kenamaan (VIP) bergelar Datuk, Datuk Seri dan Tan Sri antara yang menjadi dalang kewujudan sindiket perjudian di negara ini.
Menurutnya, golongan itu menggunakan pengaruh mereka untuk melindungi sindiket haram berkenaan.
Memetik laporan Astro Awani, beliau bagaimanapun, enggan mendedahkan identiti kumpulan terlibat yang dimaksudkan bagi mengelak proses sisasatan yang dibuat oleh PDRM.
“Saya tidak boleh mendedahkan siapa mereka kerana bimbang akan mengganggu siasatan kes. Bagaimanapun ada dalam kalangan mereka terdiri daripada orang kenamaan berpangkat Datuk, Datuk Seri dan Tan Sri diburu.
“Untuk makluman kita telah mengenal pasti siapa mereka ini, kalau saya dedah lokasi dan individu tersebut sudah pasti mereka akan melarikan diri ke lokasi lain termasuk luar negara.
“Sindiket perjudian terbesar negara ini terdapat di seluruh negara,” katanya dipetik Astro Awani.
Dalam masa sama, Mohamad Fuzi meminta semua pihak memberi ruang kepada PDRM untuk menyiasat perkara tersebut.
“Beberapa kali saya tegaskan bahawa kita tidak akan bersekongkol dengan pihak yang terlibat termasuk anggota PDRM. Tetapi saya minta jangan ada dakwaan menyatakan terdapat anggota polis ‘dibayar’ untuk melindungi kegiatan ini,” kata Muhamad Fuzi.
Terdahulu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan pernah membuat pendedahan mengenai kegiatan perjudian haram yang didakwa didalangi oleh ‘9 Dragon’ yang mengutip hasil sebanyak RM5 bilion sebulan – MalaysiaGazette

Subscribe to receive free email updates: