Sebenarnya KJ yang ARAHKAN Tiket Final TIDAK DIJUAL ONLINE, JACK MA mano? Penasihat 20% Mano? kabarmalay3.blogspot.com



SETIAP kali adanya perlawanan bola sepak berskala besar, isu yang pastinya timbul dan menjadi perbalahan netizen adalah penjualan tiket.

Kali ini tiada bezanya apabila keputusan penganjur Sukan SEA untuk menjual tiket final bola sepak antara Malaysia dan Thailand hanya di lokasi perlawanan, iaitu Stadium Shah Alam, membuatkan ramai naik darah.

Namun, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, menjelaskan, ada sebab kukuh mengapa keputusan sedemikian dibuat.


Khairy menjelaskan semua persoalan dalam beberapa status yang dikemas kini di akaun Twitter.

Kata beliau, sememangnya tiket perlawanan akhir dirancang untuk dijual secara atas talian seperti sebelum ini.


Namun masalah timbul apabila pembekal transaksi pembayaran atas talian tidak dapat memberi jaminan proses yang stabil.

Ada kemungkinan mereka yang membeli tiket secara atas talian tidak dapat menebus tiket memandangkan jumlah yang terlalu banyak.







Subscribe to receive free email updates: