Roketkini Akui Kit Siang Punca Kuasa DAP kabarmalay3.blogspot.com






Organ DAP berbahasa Melayu, Roketkini mengakui Lim Kit Siang dianggap sebagai punca kuasa DAP.


Walau apapun jawatan parti yang disandang Kit Siang, namun apabila bergelar Ahli Parlimen sejak 50 tahun lalu (1969), dia merupakan Ketua Ahli Parlimen DAP di Dewan Rakyat.

“Siapa sangka, sepanjang lebih 50 tahun kerjaya politik Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, beliau telah melantik hampir dua puluh orang setiausaha politik,”lapor Roketkini dalam artikel bertajuk “Jawatan ‘Setiausaha Politik Lim Kit Siang’ bukan lantikan biasa-biasa“.

Roketkini membuat laporan itu ketika mengulas tindakan Kit Siang mengumumkan pelantikan Kerk Chee Yee, anak lelaki kepada mendiang Kerk Kim Hock sebagai Setiausaha Politiknya yang baharu, pada majlis memperingati mendiang Kerk pada Rabu.

Organ DAP itu melaporkan Kit Siang mula melantik Setiausaha Politiknya sejak dari tahun 1973, di mana mendiang P. Patto merupakan Setiausaha Politik yang pertama.

Selepas P. Patto, Kit Siang melantik (Allahyarham) Fadzlan Yahya (1980), (mendiang) Kerk Kim Hock (1986), Chow Kon Yeow, (kini Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang) Teresa Kok, (kini Ahli Parlimen Seputeh) dan Datuk Teng Chang Khim, (kini Exco Kerajaan Negeri Selangor)

Selain itu, Kit Siang juga pernah melantik Foo Yueh Chuan (kini mengetuai operasi Ibu Pejabat Kebangsaan), Dr Hew Kuan Yew (Superman DAP), Ean Yong Hian Wah (kini Exco Kerajaan Negeri Selangor), Kasturi Patto (anak mendiang P.Patto, kini Ahli Parlimen Batu Kawan), Dyana Sofya Mohd Daud dan terbaharu Kerk Chee Yee.

“Saya mempunyai beberapa setiausaha politik dalam lima dekad perjalanan politik saya, dan tidak ada keraguan bahawa Kerk Kim Hock adalah setiausaha politik saya yang terbaik,”kata Kit Siang.

Selanjutnya, sila baca “Kit Siang Lantik Kerk Chee Yee Setiausaha Politik Ganti Dyana Sofea ?


Subscribe to receive free email updates: