Selain Timbalan Presiden PKR, Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali juga adalah Pengerusi PKR Selangor merangkap Menteri Besar Selangor. Selaku Pengerusi PKR Selangor merangkap Menteri Besar Selangor, kuasa dan pengaruh beliau dalam parti dan kerajaan adalah kuat, termasuklah dalam memutuskan nama calon PKR Selangor untuk PRU 14.
Jika dilihat kepada senarai yang ditunjukkan oleh Mohd Rafizi bin Ramli semalam, ternyata penegasan beliau bahawa “pembahagian pimpinan mengikut pendapat masing-masing sebegini (setuju atau tidak untuk terus berunding dengan PAS) berlaku dari peringkat Biro Politik ke Majlis Pimpinan Pusat hinggalah ke peringkat akar umbi” adalah benar.
Lebih mengejutkan lagi, pembahagian pimpinan kepada dua team ini, iaitu Team A, yang merujuk kepada pemimpin PKR yang setuju untuk terus berunding dengan PAS, dan Team B, yang merujuk kepada pemimpin PKR yang tidak setuju untuk terus berunding dengan PAS, turut wujud dalam PKR Selangor yang diketuai oleh Dato’ Seri Mohamed Azmin.
Dari 9 Ahli Parlimen PKR Selangor, 4 adalah dari Team A dan 5 adalah dari Team B.
4 Ahli Parlimen PKR Selangor dari Team A adalah:
(1) Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali, P98 Gombak
(2) Zuraida binti Kamaruddin, P99 Ampang
(3) Hee Loy Sian, P105 Petaling Jaya Selatan
(4) Sivarasa A/L K. Rasiah, P107 Subang
5 Ahli Parlimen PKR Selangor dari Team B pula adalah:
(1) William Leong Jee Keen, P97 Selayang
(2) Mohd Rafizi bin Ramli, P100 Pandan
(3) Wong Chen, P104 Kelana Jaya
(4) Manivannan A/L Gowindasamy, P109 Kapar
(5) Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid, P112 Kuala Langat
Dari 13 ADUN PKR Selangor, 4 adalah dari Team A dan 3 adalah dari Team B.
4 ADUN PKR Selangor dari Team A adalah:
(1) Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali, N19 Bukit Antarabangsa
(2) Haniza binti Mohamed Talha, N33 Taman Medan
(3) Elizabeth Wong Keat Ping, N37 Bukit Lanjan
(4) Dr Xavier Jayakumar A/L Arulanandam, N49 Seri Andalas
3 ADUN PKR Selangor dari Team B adalah:
(1) Dr. Idris bin Ahmad, N11 Ijok
(2) Nik Nazmi bin Nik Ahmad, N32 Seri Setia
(3) Rodziah binti Ismail, N41 Batu Tiga
6 ADUN PKR Selangor yang pendirian mereka tidak disebut oleh Mohd Rafizi pula adalah:
(1) Gan Pei Nei, N14 Rawang
(2) Amirudin bin Shari, N16 Batu Caves
(3) Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail, N25 Kajang
(4) Dr. Haji Yaakob bin Sapari, N40 Kota Anggerik
(5) Dr. Daroyah binti Alwi, N43 Sementa
(6) Mat Shuhaimi bin Shafiei, N50 Sri Muda
Apakah ada kemungkinan agaknya untuk Dato’ Seri Mohamed Azmin menggunakan kuasa dan pengaruh beliau dalam parti dan kerajaan bagi menekan pemimpin PKR Selangor, khususnya mereka yang bergelar wakil rakyat, yang tidak bersetuju dengan beliau?
The stake seems to be rather high for those PKR Selangor leaders who oppose him.
*Dr Kamarul Zaman Yusoff, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).