'Bagi memudahkan semua pihak, saya mengaku bersalah' kabarmalay3.blogspot.com

Datuk Seri Vida
Datuk Seri Vida mengaku bersalah menyiarkan iklan tanpa kelulusan Lembaga Iklan Ubat, hari ini.
(Ubah saiz teks) 
 
PETALING JAYA - "Bagi memudahkan semua pihak, saya mengaku bersalah," kata Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman selepas dibacakan pertuduhan menyiarkan iklan tanpa kelulusan Lembaga Iklan Ubat.

Justeru, Majistret, Mohd Azali Ibrahim turut memerintahkan Hasmiza, 46, selaku orang kena saman (OKS) didenda RM4,800.

Hasmiza yang dikenali sebagai Datuk Seri Vida turut diperintah menjalani hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal menjelaskan denda itu.

Penyanyi I Am Me itu mengaku menyiarkan iklan dalam rancangan Jom Singgah berhubung produk Pamoga untuk mempengaruhi pengguna sebagai ubat atau penyembuh bagi merawat kulit melecur, meredakan sakit sendi dan melegakan sakit lutut seperti dinyatakan dalam jadual Akta Ubat (Iklan dan Penjualan 1956) tanpa kelulusan Lembaga Iklan Ubat.

Perbuatan itu dilakukan di Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, di sini antara jam 1 hingga 1.30 tengah hari, pada 18 Julai 2016

Subscribe to receive free email updates: