Oleh Shuhaniza Said
PETALING JAYA: Mesyuarat biro politik PKR berlangsung selama tiga jam hari ini namun parti itu tidak mengumumkan sebarang keputusan berhubung kerjasama dengan PAS pada pilihan raya umum akan datang.
"Biro politik PKR hari ini telah mengadakan mesyuarat mingguan dan telah membuat ketetapan bahawa PKR komited kepada usaha memperkukuh Pakatan Harapan serta menyusun strategi untuk menewaskan UMNO-BN pada pilihan raya umum ke-14," kata presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam kenyataan satu perenggan.