Mas Ermieyati umum keluar UMNO, jadi wakil rakyat bebas lepas PONOROGO menang kabarmalay3.blogspot.com


Bekas Timbalan Menteri dan mantan Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin membuat kejutan awal pagi ini apabila mengistiyarkan dirinya keluar UMNO berkuatkuasa serta merta.
Beliau juga mengisyitarkan dirinya akan menjadi Ahli Parlimen bebas bagi kawasan Masjid Tanah, Melaka juga berkuatkuasa serta merta.
Beliau dalam satu kenyataan sebentar tadi mendedahkan, dirinya sudah ‘muak’ dengan kepimpinan sedia yang masih lagi enggan menerima kenyataan bahawa rakyat sebenarnya sudah menolak UMNO ketika ini.
Sebaliknya, menurut Mas Ermieyati, rata-rata kepimpinan ini masih lagi menyalahkan skandal berkaitan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai punca kejatuhan UMNO.
“Pemulihan apakah ini? Kalau virus masih dibiar berleluasa dan ubat terlalu pahit untuk ditelan? Ikhlas saya katakan, UMNO telah tergelincir dari landasan asal sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri.
“Harapan untuk melihat mereka memilih sekurang-kurangnya 70 peratus muka baru yang berwibawa tidak kesampaian.
“Saya turut percaya kepimpinan sedia ada masih enggan menerima kenyataan bahawa rakyat telah menolak UMNO, sebaliknya mereka beranggapan UMNO hanyalah mangsa kebencian rakyat kepada Dato Seri Najib semata-mata.
“Skandal 1MDB telah membuatkan rakyat Malaysia mempersendakan UMNO,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, beliau secara ikhlas dan tanpa paksaan imengumumkan keluar dari UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas demi hal ehwal, pembangunan serta kebajikan rakyat.
Mas Ermieyati juga menambah, ketika ini beliau hanya mahu fokus menjadi ahli Parlimen bebas yang efektif melangkaui sempadan keterbatasan sebagai wakil rakyat tanpa mana-mana parti.
“Ahli Parlimen bebas bermaksud menasihati kerajaan sedia ada untuk ‘check and balance’ tanpa terikat dengan mana-mana parti atau pihak. Itu yang akan saya lakukan terutamanya untuk kawasan saya di Masji Tanah.
“Sebagai bekas peguam, saya berharap untuk membuat yang terbaik bagi rakyat Malaysia untuk memastikan badan eksekutif di pantau oleh Parlimen yang efektif,” tegasnya.
Sebelum ini, Mas Ermieyati pernah mengumumkan tidak akan bertanding apa-apa jawatan parti di semua peringkat bagi memberi ruang kepada muka baharu.
Jelasnya, ia seiring langkah perubahan total di dalam parti UMNO sendiri selain berharap pimpinan lama UMNO memberi ruang kepada muka baharu untuk memimpin, termasuk daripada sayap parti sendiri.
Beliau pernah mendakwa beberapa kali sebelum ini krisis politik yang melanda parti pemerintah BN di Perlis sebagai cerminan punca kenapa Umno ditolak oleh anak muda.
Beliau turut menyifatkan perebutan kuasa berpanjangan menjadi contoh terbaik penolakan anak muda terhadap UMNO. – Malaysia Gazette

Subscribe to receive free email updates: