[HAKIKAT SEBENAR YANG PAHIT] PH gagal turunkan harga barang kabarmalay3.blogspot.com


Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menipu rakyat mengenai pelaksanaan tindakan untuk mengurangkan kos sara hidup, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar.
"Lebih 70 hari sudah berlalu, namun orang ramai masih belum melihat sebarang pengurangan harga barangan.
"PH gagal mengotakan janjinya dalam manifesto. Apa dah jadi pada rancangan untuk memansuhkan tol dan mengurangkan kos sara hidup? Mereka memperkenalkan kadar sifar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tetapi melaksanakan cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada kadar 16 peratus.
"Bukannya berusaha untuk melaksanakan janji, sebaliknya kerajaan sering membuat kenyataan bahawa kepemimpinan terdahulu meninggalkan hutang negara yang besar, sehingga RM1 trilion. Ini hanyalah langkah untuk menutup (kekurangan mereka untuk mengotakan janji).
"Ya, kita dapat melihat sesetengah harga barangan turun sejak PH menjadi kerajaan seperti harga minyak sawit, getah, tomato, matawang dan pasaran saham kita," katanya sinis pada program Dialog N49 bertajuk Miskin Bandar, malam tadi.
Noh berkata, walaupun sudah menjadi kerajaan di Selangor sejak 10 tahun lalu, PH gagal memberikan keperluan asas dan perumahan mampu milik kepada rakyat, terutama golongan miskin bandar.
"Itu sekadar janji kosong yang dibuat untuk meraih undi. Rakyat kecewa dengan PH. Lihat saja rancangan perumahan dan pembangunan yang lemah di Sungai Kandis. Apa yang pemimpin PH lakukan selama ini di Selangor?" katanya.
Noh berkata, pengundi sepatutnya memilih calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis untuk menjadi suara rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Saya minta kepada pengundi untuk sedar. Jangan terpengaruh dengan janji manis yang dibuat pemimpin PH yang ego," katanya.
Sementara itu, Ketua Wanita UMNO Selangor, Datuk Rosni Sohar, berkata penduduk di Sungai Kandis, terutama wanita lebih mementingkan soal keselamatan dan pembangunan infrastruktur di kawasan itu.
Katanya, mereka juga mahukan peluang pekerjaan yang membolehkan wanita mendapat kehidupan lebih baik dan berdikari.
"Kita boleh lihat rakyat sudah mulai sedar apabila melihat PH. Harapannya mereka akan mengundi BN dalam PRK ini," katanya.

Subscribe to receive free email updates: