PAS undi mana? Takkan kena ajar satu persatu, kata Nasrudin kabarmalay3.blogspot.com


Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan sekali lagi menyatakan pendiriannya agar Pakatan Harapan (HARAPAN) tewas dalam PRK Sungai Kandis Ogos ini.
Berucap dalam Himpunan Kebangkitan Ummah hari ini, beliau malah berkata akan menyertai kempen PRK untuk tujuan itu.
"Sikap kita nak HARAPAN kalah di (Sungai) Kandis. Ada yang tak setuju?" soalnya kepada lebih 1,000 hadirin di padang Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
"Kalau setuju dia (HARAPAN) kalah, pengundi PAS di Sungai Kandis nak (undi) macam mana? Takkan nak ajar ABC (satu persatu). Rakyat di depan saya sudah cerdik," katanya, disambut laungan "undi Umno" oleh para hadirin.
Perhimpunan hari ini turut disertai antaranya anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno yang juga calon BN di PRK itu Datuk Lokman Noor adam, Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, dan beberapa pemimpin PAS seperti Datuk Takiyuddin Hassan, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Datuk Khairuddin Aman Razali.
PRK Sungai Kandis menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara PKR, BN dan seorang calon bebas. PAS mengambil keputusan untuk tidak meletakkan calon.-mk

Subscribe to receive free email updates: