Azmin: Kaji DEB, Dasar Ekonomi TIDAK HARUS berasaskan Kaum kabarmalay3.blogspot.com


Kepada kaum India boleh pula ditetapkan ikut kaum, pengambilan ke perkhidmatan awam ditetapkan 10% sedang kaum Melayu yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan tidak pula beri peratusan sebegitu

Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) percaya dasar ekonomi negara tidak harus berasaskan kaum sebaliknya perlu berdasarkan keperluan rakyat demi faedah kepada seluruh warga Malaysia, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Ini yang diamalkan dalam penggubalan dasar-dasar ekonomi di Selangor. Justeru, dengan pengalaman saya yang tidak seberapa di Selangor (selaku menteri besar sebelum ini), kita boleh kembangkan amalan ini ke peringkat nasional dan lihat sejauh mana dasar-dasar ekonomi kita boleh memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.
“Semakan semula Dasar Ekonomi Baharu (DEB) ini bertujuan memastikan ia memenuhi keperluan dan aspirasi semua rakyat,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen, hari ini.
Mohamed Azmin berkata DEB tidak akan digantikan sepenuhnya namun jika ada keperluan, dasar baharu akan diperkenalkan seiring dengan hala tuju baharu kerajaan HARAPAN.
Katanya perkara itu akan dilihat oleh Unit Perancang Ekonomi dan beliau berharap sebahagian daripada dasar baharu, jika perlu, akan diperkenalkan semasa pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia (RMK) ke-11 pada November ini.
Katanya berbanding kajian separuh penggal RMK sebelum ini yang lazimnya melibatkan pembentangan penilaian dasar-dasar yang dilaksanakan dalam tempoh dua tahun RMK tersebut, kali ini kerajaan PH akan memperkenalkan dasar dan hala tuju baharu kerajaan.
Beliau turut memberi jaminan kajian semula DEB atau pelaksanaan dasar baharu akan tetap menjamin hak-hak bumiputera namun akan dilakukan secara lebih adil dan saksama kepada semua kaum di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Ditanya mengenai objektif dasar baharu terbabit, Mohamed Azmin berkata cabaran terbesar kerajaan pada masa ini ialah untuk memulihkan semula keyakinan pelabur serta mengekalkan pelaburan langsung asing yang merupakan keutamaan kerajaan.
DEB diperkenalkan pada 1970 dengan tujuan membasmi kemiskinan dan menstrukturkan semula masyarakat.

Perlembagaan Persekutuan 


Subscribe to receive free email updates: