Bila Pakat Jahil dari Menteri sampai Ke Netizen, Yang HALAL di HARAMKAN, Yang HARAM di HALALKAN kabarmalay3.blogspot.com

Pemimpin PAS berpendapat usaha kerajaan untuk mengharamkan terus perkahwinan melibatkan kanak-kanak bawah had umur sebagai "bertentangan dengan Islam".
Naib presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, beliau secara peribadi tidak bersetuju cadangan tersebut.
"Kalau mengharamkan terus (perkahwinan melibatkan kanak-kanak) saya sebenarnya tidak bersetuju, sebab dari segi agama ia tidak salah, tetapi kita boleh mengawal.
"Kita sudah ada undang-undang, mana-mana perkahwinan bawah umur perlu mendapat kebenaran pihak berkuasa negeri. Kita kuat kuasa undang-undang itu sajalah," katanya kepada media ketika ditemui selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Bharu, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berhubung usaha bagi merangka standard operasi piawai (SOP) mahkamah syariah untuk memperketatkan peruntukan berkaitan perkahwinan kanak-kanak.
Menyifatkan SOP itu sebagai “langkah jangka pendek”, Mujahid menjelaskan bahawa kerajaan juga cenderung untuk mengharamkan terus perkahwinan kanak-kanak.
"Kita akan keluarkan SOP untuk memperketatkan (prosedur) kerana selagi ada peruntukan (perkahwinan kanak-kanak), kamu harus hormatinya.
"Ini hanya langkah sementara, langkah jangka panjang lebih penting. Kita patut sampai kepada pengharaman perkahwinan kanak-kanak,” kata Mujahid.
Semenatara itu, Mohd Amar yang juga anggota dewan undangan negeri (ADUN) Panchor dan timbalan menteri besar Kelantan, menegaskan, dalam agama Islam perkara itu tidak boleh diharamkan.
"Perkara yang dibolehkan agama mengapa kita nak haramkan. Tetapi kalau mengawal itu bagus, takut orang ambil kesempatan," jelasnya.
Terdahulu isu perkahwinan kanak-kanak tercetus apabila seorang lelaki 41 tahun dari Gua Musang, Kelantan bertemu jodoh dengan seorang kanak-kanak 11 tahun.
Pada masa ini, kanak-kanak perempuan bawah 16 tahun dan lelaki bawah 18 tahun dibenarkan berkahwin jika mendapat kebenaran mahkamah syariah.
Bagi bukan Islam, golongan itu perlu mendapatkan kebenaran khas ketua menteri atau menteri besar negeri berkaitan.





Subscribe to receive free email updates: