[SEDIH] Semalam PM 'Marah' Menteri Tak Hadir, Hari Ini Dewan Rakyat TERPAKSA TANGGUH 10 minit, tidak cukup korum kabarmalay3.blogspot.com


Sehari selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan rasa tidak puashati dengan kehadiran menteri dan timbalan menteri di Parlimen, persidangan Dewan Rakyat hari ini ditangguhkan selama 10 minit kerana tidak cukup korum.
Sebaik Dewan Rakyat disambung semula selepas rehat tengah hari, Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB-Kapit) bangun menggunakan Peraturan Mesyuarat membangkitkan mengenai mesyuarat tidak cukup korum.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof kemudiannya mengarahkan persidangan itu ditangguhkan selama 10 minit sehingga korum mencukupi untuk meneruskan sidang sesi petang.
Datuk Ismail Mohd Said (BN-UMNO Kuala Krau) secara berseloroh menegur penyokong kerajaan: "Apa la... baru PM tegur semalam,"
Dewan Rakyat kemudiannya disambung semula dengan kehadiran 35 Ahli Parlimen.
Semalam Dr Mahathir berkata beliau tidak berpuashati dengan tahap kehadiran menteri dan timbalan menteri di Parlimen.
Beliau bagaimanapun menegaskan tidak bercadang menetapkan indeks prestasi utama (KPI) untuk mengukur prestasi menteri dan timbalan menteri menjalankan tugas di Parlimen. - BH

Subscribe to receive free email updates: