MALAYSIA MENUNTUT M. KULA SEGARAN LETAK JAWATAN‼ kabarmalay3.blogspot.com




MALAYSIA MENUNTUT M. KULA SEGARAN LETAK JAWATAN‼

Akhbar Utusan Malaysia pada 27Julai 2018 telah mengeluarkan sebuah artikel keceluparan Naib Presiden DAP yang juga merupakan Menteri Sumber Manusia dalam kerajaan baru iaitu M. Kula Segaran bertajuk "KULA SEGARAN MENDAKWA MELAYU PENDATANG".

Artikel tersebut yang disiarkan oleh Akhbar Utusan Malaysia telah mengupas mengenai kenyataan menteri tersebut yang telah membangkitkan isu sensitif perkauman yang mengandungi unsur hasutan dan boleh menjadi ancaman permusuhan dan keresahan dikalangan masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

Beliau telah mempersoalkan isu sejarah negara yang beliau sifatkan sebagai silap, salah, tidak tepat dan perlu diperbetulkan.

Sebenarnya pandangan beliaulah yang salah, silap dan jauh sekali meleset.

Kecelaruan pemahaman sejarah membuatkan M. Kula Sagaran memberi kenyataan yang salah tentang sejarah negara, yang mana kenyataan itu tidak logik pada akal dan bersalahan dengan fakta sejarah yang dikaji dan dipelajari oleh umumnya.

Malah ianya membuka pekung bahawa beliau tidak faham langsung tentang sejarah negara dan asal muasal bangsanya di Negara Malaysia ini.

Amat tidak sesuai sekali kejahilan ini dilakukan oleh seorang yang bukan budak sekolah menengah SPM tetapi telah menjawat jawatan sebagai Menteri Sumber Manusia.  Ianya tentu akan menjadi bahan ketawa dan ejekan masyarakat di dalam dan di luar negara.

Sangat menyedihkan dan memburukkan lagi keadaan apabila kebodohan ini dicetuskan oleh seorang yang berjawatan menteri dan mempunyai tempat di dalam Dewan Rakyat.

Secara tidak langsung, ini menunjukkan kelemahan Kerajaan semasa menyusun ahli kabinet dalam hal ehwal Kementerian sehingga isu asas sejarah negara seperti ini boleh dibangkitkan menggunakan fakta sejarah yang salah!

DAP mendakwa bahawa Naib Presiden DAP, M. Kula Segaran telah di fitnah oleh Pihak Akhbar Utusan Malaysia pada 27 Julai 2018 dengan menyiarkan artikel tersebut diruangan akhbar Utusan Malaysia yang berunsurkan isu perkauman dan propaganda terhadap isu sejarah. Rujuk sini: https://ift.tt/2AhqV5M

Susulan dari itu pihak DAP telah membuat kenyataan menafikan kesalahan Naib Presiden DAP itu. Dalam sebuah video di laman youtube dengan tajuk "Saya difitnah dengan kata Melayu Pendatang" bagi menunjukkan yang M. Kula Segaran menyatakan beliau sama sekali tidak pernah membuat kenyataan yang membangkitkan isu perkauman sepertimana yang dilaporkan oleh pihak Utusan Malaysia. Kenyataan tersebut adalah seperti berikut:

KENYATAAN MEDIA YB M. KULA SEGARAN

Menjelaskan fitnah suratkhabar Umno (Utusan Malaysia) manyiarkan artikel berita berusur fitnah dan sengaja memainkan isu perkauman, rasis dan propaganda tentang pandangan saya terhadap sejarah Malaysia.

Di sini saya ingin menjelaskan tentang pandangan saya yang telah diputarbelitkan oleh pihak-pihak tertentu yang mahu menimbulkan ketegangan kaum.

Laporan Utusan Malaysia pada 27 Julai 2018 dan dakwaan-dakwaan di media sosial telah menuduh saya membuat kenyataan kononnya orang Melayu adalah pendatang di Malaysia manakala kaum India merupakan penduduk asal negara ini.

Ini adalah satu fitnah dan pembohongan. Saya tidak pernah berkata begitu. Ia diputarbelitkan tanpa latar atau konteks yang sebenarnya.

Izinkan saya membuat penjelasan.

Saya telah hadir di satu majlis agama Hindu di Nilai, Negeri Sembilan minggu lalu, dan mengemukakan pandangan saya yang antara lain menjelaskan bahawa kita tidak sepatutnya tuduh-menuduh dengan menggelar seseorang atau sesuatu kaum sebagai pendatang. Kita sama-sama berkongsi kehidupan di Malaysia.

Dalam majlis berbahasa Tamil itu, saya tidak menyebut sama sekali tentang orang Melayu. Sudah tentu tuduhan kononnya saya mengatakan orang Melayu adalah pendatang merupakan fitnah dan pembohongan semata-mata.

Apa yang saya jelaskan dalam majlis itu adalah orang India telah berada di Tanah Melayu sejak 2,500 tahun lalu. Agama Hindu dibawa oleh orang India ke Tanah Melayu. Hasil penemuan arkeologi di kawasan Lembah Bujang, terutamanya penemuan Sungai Batu, di Kedah telah membuktikan hal ini.

Sehubungan itu, saya berpendapat tidak adil jika kaum India digelar sebagai pendatang, berdasarkan faktor-faktor sejarah itu.

Agama Hindu merupakan agama awal yang dianuti penduduk tempatan di Tanah Melayu dan Nusantara, dan kemudiannya berkembang kepada ajaran Buddha, dan sehinggalah Islam dibawa ke rantau ini dan menjadi popular pada abad ke-15.

Transmigrasi pula merupakan proses yang natural yang berlaku di seluruh dunia. Pelbagai kaum saling berhijrah ke merata dunia mengikut keperluan dan suasana semasa. Begitu juga dengan Tanah Melayu, Malaysia, India, China dan banyak lagi. Ini fakta sejarah.

Semua ini adalah fakta sejarah. Jadi, apa yang saya mahu tekankan ialah sejarah patut diajar dengan fakta yang benar, tepat dan lengkap. Ini penting agar setiap warga Malaysia tahu sejarah kita sendiri.

Sekian, terima kasih.
M. KULA SEGARAN
Naib Pengerusi DAP Kebangsaan

Walaupun begitu, kenyataan yang mendakwa Menteri Sumber Manusia dan Naib Presiden DAP itu di fitnah adalah sangat tidak logik dan palsu semata-mata, ternyata ianya penuh dengan agenda sedangkan apabila diterjemahkan ucapan hasutan beliau itu bercanggah dengan apa yang beliau nafikan, buktinya masih ada lagi longgokan video yang menunjukkan dengan jelas kata-kata 'Menteri Sumber Manusia' itu yang juga Naib Presiden DAP, M. Kula Segaran, sila rujuk sini :

https://youtu.be/8AT2NSFtVQo

TERJEMAHAN apa yang disampaikan dalam video tu:

"Susah untuk melahirkan bangsa kita. Kalau tengok buku sejarah, sejarah bangsa kita bermula 120/130 tahun dahulu, apabila kita datang ke sini. Tidak betul. Kita datang ke sini 2500 tahun dahulu. Apa buktinya? Semua bukti ada di Bujang Valley. Kuil-kuil lama semua tertanam. Pada masa itu mereka ialah pendatang. Kita dengan mereka sama tetapi pemuda-pemuda sekarang tidak tahu, setakat itu sahaja pembelajaran dihadkan di negara ini. Kalau pergi tengok di "Bujang Valley" ada bukti yang jelas. Kita perlu beritahu penduduk awam tentang hal ini, baru kita dengan mereka tidak ada perbezaan. Ini tanah air kita. Kita ada semua hak."

Mengikut kepada fakta sejarah memang agama Hindu berada di sini dahulu tapi bukannya bangsa India yang ada di sini dahulu seperti apa yang difahami oleh M. Kula Segaran, iaitu mengenai agama atau pegangan kepercayaan. Mengenai fakta sejarah negara yang melibatkan isu perkauman ini sepatutnya menjadi perkara yang mesti difahamkan dengan benar dan fakta oleh masyarakat lebih-lebih lagi sebagai Menteri Sumber Manusia. Jika tidak ianya hanya akan menampakkan kebodohan seorang Menteri yang buta sejarah.

KAMI RAKYAT MALAYSIA MENUNTUT M. KULA SEGARAN MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI MENTERI SUMBER MANUSIA YANG MEMALUKAN !

Oleh: Rijal'ul Dakwah

Subscribe to receive free email updates: