Inilah dajjal yang sebenar-benarnya kabarmalay3.blogspot.com


BEGINILAH JADINYA JIKA KONSEP 'NAFI ISBAT' DALAM SYAHADAH TIDAK DIFAHAMI - INILAH DAJJAL YANG 'SEBENAR-BENAR'NYA
.
Ekoran dari artikel pagi ini ramai yang meminta kami mengulas kenyataan-kenyataan kontrovesial seperti di gambar hiasan, khususnya daripada pejuang LGBT Irsyad Manji.

https://www.facebook.com/wargaprihatin/posts/10157498987697786
.
Syahadah adalah rukun Islam yang isinya adalah MENSABITKAN diri kita sekuat hati dengan Allah dan Rasulnya (ISBAT), serta MENAFIKAN selain dari kedua-duanya. 
.
Percaya kepada kitab juga menjadi salah satu dari rukun iman. Jika kita sudah mengatakan Islam bukan satu-satunya agama yang benar dan alquran itu tidaklah sempurna, maka adakah masih boleh diterima pengakuan keIslaman dan keimanan kita?
.
Menurut Irsyad Manji, Islam tidak mendiskriminasi golongan LGBT dan umat Islam bebas berkahwin dengan golongan kafir tanpa perlu untuk memeluk agama Islam terlebih dahulu.
.
Beliau sendiri telah pun mengahwini pasangan lesbiannya, Laura Albano pada tahun lepas. Dakwa beliau, “Tentu Dia (Tuhan) tahu apa yang Dia cipta sewaktu Dia mencipta seseorang seperti saya. Adakah Tuhan melakukan kesalahan?” 
.
Beliau menyoal, “Quran mendakwa bahawa semua ciptaan Tuhan adalah ‘cemerlang’ dan tiada apa yang diciptakanNya sebagai ‘sia-sia’. Sekiranya Sang Pencipta tidak berhajat untuk menciptakan saya, seorang lesbian, jadi mengapa Dia tidak ciptakan orang lain dan bukannya saya?” 
.
Beliau mendakwa ijtihadnya yang menggalakkan umat Islam untuk berkahwin dengan pasangan kafir tanpa perlu menukar agamanya terlebih dahulu mampu untuk menghalang golongan pemuda dan pemudi Islam keluar daripada Islam kerana cinta. 
.
Beliau berkata, “Begitu jelas generasi baru umat Islam amat mendahagakan idea-idea sebegini dan dengan interpretasi dan ijtihad saya berkenaan Islam, saya dapat menghentikan golongan muda dari kalangan umat Islam daripada keluar daripada Islam.” 
.
“Mungkin saya perlu minta keampunan dari Tuhan pada hari pengadilan dan Tuhan yang penuh dengan kasih sayang pastinya akan memberikan saya perbicaraan yang adil,” katanya lagi. 
.


Beliau juga menuduh bahawa al-Quran adalah tidak sempurna dan mempunyai cacat-cela, dan majoriti umat Islam melakukan suatu kesalahan besar dengan mendakwa bahawa hanya agama Islam adalah jalan sebenar bagi semua manusia. 
.
“Sesiapa yang percaya Islam hanyalah satu-satunya jalan kebenaran bagi umat manusia, pada pandangan saya adalah tidak berlandaskan al-Quran, kerana Quran menggesa kita agar bersikap merendah diri dalam menafsirkan al-Quran.” 
.
Dasar pemikiran beliau yang jelas bertentangan dengan pegangan sahih agama Islam telah memaksa Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengharamkan buku-buku penulisan beliau. 
.
Pengharaman buku beliau yang berjudul ‘Allah, Kebebasan dan Cinta’ telah membangkitkan perasaan tidak puas hati beberapa pihak termasuklah Datuk Zaid Ibrahim yang kini merupakan ahli DAP dan Sarajun Hoda Abdul Hassan, bekas Timbalan Pengerusi perhimpunan haram anti-kerajaan Bersih 2.0.
.
(Artikel asal: https://www.menara.my/saya-lesbian-beriman-irshad-manji/
.


KESIMPULAN

Pelbagai program besar-besaran telah dianjurkan dan kenyataan demi kenyataan songsang secara terbuka dikeluarkan oleh golongan LGBT ini tanpa sebarang bantahan dan sekatan secara terancang. Ternyata kini ia telah amat berjaya mempengaruhi masyarakat, khususnya remaja yang rapuh akidahnya.
.
Sudah sampai masa dakyah dari golongan ini di'perangi' dengan keberkesanan program dakwah dan pengukuhan akidah. 
.
Kita sudah tidak boleh bersikap lunak lagi biar apapun alasannya. Masyarakat dilihat sudah berhempas pulas membantah kemaraan golongan ini. Namun ia seperti menyalak bukit sahaja. Justeru sudah sampai masanya pencegahan dan pembasmian itu turut dibantu pihak berkuasa.
.
Memang tidak dapat ditolak alasan pemimpin negara untuk bukan sahaja tidak menolak, malah kelihatan merestui perjuangan golongan ini, semata-mata kerana 'dahagakan' sokongan undi. Tolak tepi lah soal kepentingan politik ini. Bukankah kuasa sudah di tangan? Jika kita tolong Allah, maka Allah akan tolong kita.
.
Ingatlah bahawa setiap pemimpin akan dipersoal. Takutlah kepada kemurkaan dan balasan Allah. Ini bukan lagi sekadar untuk mencegah sebelum parah. Situasi kini memang sudah punah ranah.
.
WARGA PRIHATIN

- With Warga Rpwp

Subscribe to receive free email updates: