Himpunan Kebangkitan Ummah Islam Melayu Terancam 28 Julai kabarmalay3.blogspot.com


KUALA LUMPUR, 10 Zulkaedah 1439H, Isnin – Melihat kepada isu Islam dan Melayu yang semakin diasak dan digugat selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) bangkit menganjurkan perhimpunan besar-besaran di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pada 28 Julai ini.
Himpunan Kebangkitan Ummah- Malaysia Baharu Pasca PRU14: Islam dan Melayu Terancam itu adalah permulaan membantah kepincangan yang berlaku, tidak sampai 100 hari kerajaan Pakatan Harapan memerintah negara.
Timbalan Ketua Sekretariat UMMAH, Kamaruzaman Mohamad berkata, terlalu banyak isu-isu Islam, Melayu,  raja-raja Melayu, bahasa Melayu, pendidikan digugat dan dipertikai seolah-olah seperti ianya seperti berangkai.
Terbaharu, isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), yang jelas bercanggah dengan Perlembagaan dan Dasar Pendidikan Negara, tetapi kerajaan bertegas untuk mengiktiraf tanpa memikirkan implikasi besar terhadap agama, bangsa dan negara.
“Justeru, himpunan secara aman ini signal kepada kerajaan bahawa umat Islam keseluruhannya tidak akan sama sekali terus membiarkan hak Islam dan Melayu terus diperkotak-katikkan. Kita akan terus mempertahan sampai ke titisan terakhir.
“Tetapi perlu diingat, ini bukan kemuncak tetapi permulaan. Selepas ini kita akan terus menjelajah ke seluruh negara. Akan ada satu lagi perhimpunan terbesar dijangka dalam tempoh dua bulan akan datang,” katanya pada sidang media di Pejabat Muafakat, hari ini.
Sehubungan itu katanya, UMMAH yang dianggotai lebih 300 NGO menjemput semua termasuk, NGO, parti-parti politik, tokoh masyarakat untuk turut serta dalam himpunan Sabtu ini.
“Ayuh kita bersama-sama turun Sabtu ini berhimpun serta mendengar penjelasan pakar dan tokoh dalam isu-isu yang diperjuangkan. Tema pakaian warna putih atau cerah,’ katanya.
Kamaruzaman berkata, UMMAH akan mengadakan pelbagai program untuk menegakkan agenda dan Islam
Untuk itu, UMMAH merayu sumbangan dan bantuan ikhlas orang ramai. Sumbangan boleh disalurkan di CIMB Bank 8009113670 – akaun UMMAH Management

-ismaweb

Subscribe to receive free email updates: