Raih kutipan hasil RM10,000 sehari kabarmalay3.blogspot.com

OLEH ERMIZI MUHAMAD




BESTARI JAYA : Walaupun baru memulakan operasi sekitar lima bulan lalu, pusat pertanian Selangor Fruit Valley sudah mampu menjana pendapatan maksimum hasil produktiviti pertanian kawasan itu.

Pegawai Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Reena Zuliana Abdul Rashid berkata, perolehan keuntungan RM10,000 sehari mampu diraih pusat pertanian itu.

“Kutipan harian ini dijangka akan lebih bertambah selepas mengambil kira kepelbagaian dan keunikan yang ada di Selangor Fruit Valley.

“Sasaran kami, ia bukan sekadar premis pertanian sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan, tetapi boleh dikomersialkan sebagai destinasi agro pelancongan baru di Selangor.



“Komitmen ini sepenuhnya disokong pentadbiran Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang sebelum ini turun padang di sini dan melihat potensi Selangor Fruit Valley,” katanya kepada SelangorKini.

Di Selangor Fruit Valley, orang awam boleh melihat sendiri pelbagai produk pertanian tempatan dan membeli dengan harga berpatutan.

Menariknya, kemudahan pengangkutan ‘train’ juga disediakan untuk lawatan ke ladang buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman herba.

Bayaran masuk untuk lawatan menaiki train adalah RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan warga emas.

Selangor Fruit Valley mula dibuka Julai 2017 lalu dan menawarkan pelbagai aktiviti perladangan dan pertanian.=EZY=

Subscribe to receive free email updates: