Rosli: PRU14, PAS Bakal Letak Tiga Atau Empat "Calon Bukan Islam" ! kabarmalay3.blogspot.com


TEMERLOH: PAS bakal meletakkan tiga atau empat calon bukan Islam mewakili parti itu bagi kerusi DUN dan Parlimen di negeri ini merangkumi masyarakat Cina, India dan Orang Asli pada PRU14 akan datang.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata, satu kerusi Parlimen sudah dikenal pasti untuk calon bukan Islam manakala selebihnya kerusi DUN masih dalam pertimbangan calon yang layak.

Menurutnya, Pas meletakkan tiga atau empat calon bukan Islam ini kerana sumbangan yang diberikan penyokong bukan Islam kepada PAS  menerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sejak sekian lama.

“Setakat hari ini kita sudah kenal pasti calon bagi kerusi Parlimen manakala bagi kerusi DUN masih dalam pertimbangan namun ia masih boleh berubah saat akhir.

“Antara senarai calon termasuklah Cina, India dan Orang Asli bukan Islam yang dalam pertimbangan kami,” katanya baru-baru ini.

Beliau berkata, PAS  Pahang akan bertanding 38 kerusi Dun dan 13 kerusi Parlimen di Pahang pada PRU14 dengan menjalinkan kerjasama bersama Gagasan Sejahtera yang disertai Parti Cinta Malaysia (PCM) dan Ikatan Sejahtera yang mempunyai kekuatan 200 NGO.

Menurutnya, PAS  Pahang yakin untuk memenangi 25 daripada 38 kerusi DUN yang ditandingi di Pahang manakala tujuh bagi kerusi Parlimen. #sumber

Subscribe to receive free email updates: