Fahmi: Najib Mula Panik Kemungkinan Pakatan Harapan Menang PRU14 kabarmalay3.blogspot.com


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mula panik akan kemungkinan Pakatan Harapan menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil membuat kesimpulan tersebut berdasarkan percubaan Najib menakut-nakutkan rakyat jika Harapan menang menerusi blog beliau.

“Kenyataan ini sebenarnya menunjukkan bahawa DS Najib dan pasukan beliau sudah panik dan mula secara serius menerima senario di mana Pakatan Harapan bakal menang pilihan raya umum ke-14 nanti.

“Oleh itu, kenyataan beliau ini lucu dan sebenarnya cuba mengalih pandangan umum dari pelbagai masalah negara termasuk gejala najis rasuah dan skandal-skandal besar seperti 1MDB yang sedang disiasat di pelbagai negara termasuk oleh DOJ di Amerika Syarikat,” kata Fahmi dalam kenyataan.

Beliau juga percaya Najib sebenarnya cuba mengalih perhatian rakyat daripada masalah negara dengan menyerang pimpinan negara secara berterusan.

Menurut Fahmi, Najib perlu memberi tumpuan untuk menjelaskan isu-isu semasa negara seperti rasuah dan skandal 1Malaysia Development Berhad.

“Najib sebenarnya perlu memberi lebih fokus terhadap usaha menjawab pelbagai isu yang telah dibangkit hingga kini, termasuk apakah memegang kuasa itu hanya untuk menggondol kekayaan peribadi dan bertindak zalim terhadap musuh-musuh politik,” katanya. #sumber

Subscribe to receive free email updates: