Dr Mahathir keluar IJN hari ini, 4.45 petang tadi kabarmalay3.blogspot.com


KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar daripada Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Difahamkan bekas perdana menteri itu keluar dari IJN kira-kira jam 4.45 petang tadi dan akan berehat untuk beberapa hari.
Dr Mahathir dimasukkan ke IJN Sabtu lalu kerana jangkitan di dada selepas diserang batuk.

Ini kali ke-2 dalam tempoh 18 bulan calon perdana menteri PH itu dimasukkan ke IJN akibat jangkitan di dada, selepas Ogos 2016 untuk rawatan dan pemerhatian.

Dr Mahathir menjalani pembedahan pintasan koronari di IJN pada 1989, selepas mengalami masalah jantung. Beliau kemudiannya menjalani satu lagi pembedahan pintasan jantung pada 2007.

Pada 2013, pengerusi PPBM itu turut dimasukkan ke IJN selama 10 hari untuk rawatan akibat jangkitan di dada.

Subscribe to receive free email updates: