Robert Kuok "Nafi" Tuduhan Salur Dana Untuk Jatuhkan Kerajaan BN ! kabarmalay3.blogspot.com


KUALA LUMPUR: Bilionair negara Tan Sri Robert Kuok menafikan tuduhan pihak tertentu yang mendakwa beliau cuba menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan menyalurkan dana kepada portal berita pro parti pembangkang, Malaysian Insight.

Menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh pejabatnya hari ini, Kuok dengan tegas menafikan dakwaan tiga artikel yang disiarkan menerusi blog Malaysia Today iaitu Pembiayaan Sulit Malaysia Insight dan Robert Kuok mahu Cina memerintah di Malaysia pada 21 Februari serta Peluang terakhir Robert Kuok untuk menukar kerajaan pada 23 Februari.


“Kuok masih mempunyai semangat dan jati diri sebagai seorang warganegara dan tidak akan pernah melupakan jasa pemimpin terdahulu yang banyak membantunya sehingga berjaya,” katanya.

Menurut siaran akhbar itu, Kuok menafikan bahawa beliau telah menaja dan membiayai portal The Malaysian Insight dan pakatan pembangkang dengan tujuan menggulingkan kerajaan BN ketika ini. #sumber


Subscribe to receive free email updates: