Harga petrol naik dua sen, diesel tiga sen kabarmalay3.blogspot.com

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Selepas mengalami penurunan selama dua minggu, harga bagi semua bahan api naik bermula tengah malam ini.
 
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan harga baru bagi bahan api itu di laman Twitter sebentar tadi.
 
Bagi tempoh 21 Disember hingga 27 Disember, harga bagi RON95 dan RON97 naik sebanyak dua sen, menjadikan harga baru masing-masing ditetapkan kepada RM2.27 dan RM2.54 seliter.
 
Sementara itu harga bagi diesel pula naik tiga sen kepada RM2.23 (berbanding RM2.20) seliter.  
 
Mekanisme penetapan harga bahan bakar mingguan berkuat kuasa pada April tahun ini dan harga petrol dan diesel telah ditempatkan pada sistem apungan bulanan yang diuruskan sejak 1 Disember 2014 berikutan penghapusan subsidi bahan bakar. 


Subscribe to receive free email updates: