DUNGUN: Seekor beruang mati dilanggar oleh sebuah motosikal ketika cuba menyeberangi jalan di kilometer 347.5 Lebuh Raya Pantai Timur Dua ( LPT2) berhamprian susur keluar Plaza Tol Dungun petang semalam.
Beruang jantan jenis spesis beruang matahari atau nama saintifiknya ( Helarctos Malayanus ) itu dianggarkan seberat 100 kilogram.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Ahmad Zailani Yaakub ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian yang berlaku kira-kira 6.50 petang itu.
Menurut beliau, haiwan terbabit dikatakan datang dari Hutan Simpan Rasau untuk pergi ke hutan berhampiran.
Tambah beliau, sebuah motosikal yang ditunggang oleh Ahmad Hafizzudin Zulkifli yang datang dari arah Bukit Besi menuju ke Kemaman tidak sempat mengelak sebelum melanggar haiwan tersebut.
"Haiwan itu dikatakan keluar secara tiba- tiba dari hutan tersebut semasa motosikal itu menghampiri lokasi kejadian menyebabkan penunggang tidak sempat mengelak.
"Ahmad Hafizuddin tercampak beberapa meter ke bahu jalan dan mengalami kecederaan di muka dan mulut manakala motosikalnya juga mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan " katanya.
Katanya, sepasukan pasukan perubatan dari Hospital Dungun tiba di lokasi kejadian sejurus menerima panggilan dan memberikan rawatan awal kepada penunggang motosikal tersebut sebelum dikejarkan ke hospital. #sumber
Related Posts :
[MELINGKUP LAH PAS] Kedah Mungkin Adakan Pilihanraya Negeri kabarmalay3.blogspot.com
Gagal Muktamad Speaker, Kedah Mungkin Adakan PRN
Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah berkemungkinan besar akan diadakan selepas kerajaan dan… Read More...
SPAD, Jasa, MaGIC, MPN, JKKKP dibubarkan - Tun Mahathir kabarmalay3.blogspot.com
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan beberapa agensi dan institusi berkaitan kerajaan dibuba… Read More...
((LIVE)) HIDUP MEWAH SELEWENG RM13 JUTA MATAWANG DIGITAL kabarmalay3.blogspot.com
HIDUP MEWAH SELEWENG RM13 JUTA MATAWANG DIGITAL
Scam bukan lagi satu isu baru tetapi sudah menjadi trend bagi mereka yang ingin mendap… Read More...
Tun Hasmah minta henti berikan hadiah kabarmalay3.blogspot.com
Anak sulung Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu bahawa ibu bapanya tidak akan berpindah ke Seri Perdana, sebaliknya kek… Read More...
[AZEEZ BETULKAN] RM500,000, bukan RM500 juta! Wang Peruntukan UMNO Baling, Untuk Majlis Buka Puasa kabarmalay3.blogspot.com
Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim memuji Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mempamerkan profesionalisme ketika melakuk… Read More...