Demikian respons bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin berhubung pemecatannya sebagai ahli Umno.
Pemimpin yang pernah berkhidmat pada zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad itu mendakwa, Umno merupakan satu pertubuhan haram. “Sebagai setiausaha agung, Tengku Adnan bertanggunjawab terhadap kekacauan yang berlaku pada hari ini,” katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian, hari ini.
Selain Daim, Umno turut memecat dua pemimpin veteran lain yang lantang mengkritik parti itu iaitu Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Rais Yatim.
Menurut Tengku Adnan, surat pemecatan yang ditandatanganinya itu sudah dihantar kepada tiga tokoh tersebut, semalam. Daim sebelum ini membuat kejutan apabila muncul dalam kempen Pakatan Harapan (Harapan) di Pelabuhan Klang dan Lembah Pantai.