Bagi peguam syarie, Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar, apa yang berlaku itu menjadi persoalan dan adalah wajar bagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahaan Rsuah (SPRM) menjalankan siasatan.
"Jika ingin memberi nasihat percuma tentang prosedur atau undang-undang syariah mengapa menggunakan hakim bukannya peguam?
"Selain itu, kenapa ini dilakukan semasa tempoh pilihan raya, adakah kebetulan? SPR dan SPRM patut menyiasat perkara ini," katanya kepada Malysiakini.
Ia bermula Khamis lalu hingga hari ini (Sabtu) dan penduduk boleh merujuk mengenai perkara-perkara syariah.
Perkara-perkara berkaitan agama Islam di peringkat persekutuan adalah di bawah bidang kuasa Jamil Khir.
Mengulas lanjut, Iskandar berkata Arahan Amalan 1, 2001 Kod Etika Hakim Syarie (arahan kepada hakim Mahkamah Syariah) di mana perkara tiga (I) menyebut seorang hakim syarie tidak boleh mengambil bahagian dalam aktiviti parti politik.
Katanya, memandangkan hakim-hakim mahkamah sivil tidak terlibat dalam kegiatan politik tidak ada sebab bagi hakim syarie berbuat demikian.
Mereka, kata Syed Iskandar, sepatutnya berada di atas politik.
Peguam itu juga mengesahkan gambar-gambar yang tersebar memaparkan Jamil Khir dengan beberapa individu di hadapan bangunan Umno Jerai adalah hakim syarie dan kakitangan mahkamah syariah. -MK