Parti Amanah Negara (AMANAH) mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara tidak melakukan ‘pengadilan terpilih'(selective justice)terhadap beberapa kes yang dipercayai berprofil tinggi di negara ini.
Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub berkata, rakyat menuntut apakah tindakan sewajarnya untuk mendakwa kes-kes yang dianggap penting berlaku dalam tahun ini membabitkan beberapa tokoh yang berprofil tinggi di negara ini.
“Ia melibatkan beberapa kes ‘ikan jerung’ yang tidak dapat dibicarakan di mahkamah.
“Kes-kes ini seolah-olah disembunyikan atau sengaja dibekukan kerana dibimbangi menjadi isu besar yang akan menekan Umno-BN.
“Saya dapati ada lapan kes besar yang menuntut satu tindakan daripada SPRM dan Jabatan Peguam Negara,” ujarnya dalam sidang media diadakan di ibupejabat AMANAH di Kuala Lumpur hari ini.
Salahuddin menyenaraikan kes-kes tersebut yang mana menurut beliau lagi, ia perlukan jawaban di pihak SPRM dan Jabatan Peguam Negara.
“Perhatian buat pihak pendakwaraya sama ada di Jabatan Peguam Negara dan SPRM terhadap beberapa kes-kes berprofil tinggi.
“Rakyat sedang menunggu tindakan sewajarnya demi memastikan keadilan dapat diberikan terhadap rakyat dalam negara kita,” ujarnya lagi.
Beberapa kes yang dituntut penjelasan SPRM dan Jabatan Peguan Negara:
Ahli perniagaan bergelar “Datuk Seri” didakwa di Mahkamah Majistret Ampang atas empat tuduhan menyerang dan mencederakan tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) ketika mereka bertugas di sebuah tokong dekat Kampung Baru, Ampang pada Mei lalu.
“Seorang yang bergelar “Datuk Seri” ditahan polis cederakan beberapa anggota rela dan kemudian dibebaskan oleh polis.
“Apakah tindakan sewajarnya diberikan oleh Peguam Negara dan agensi yang bertangugngjwab ke atas isu ini,’ ujarnya.
Salahuddin turut menyentuh mengenai dakwaan Sultan Johor mengenai seorang bergelar “Tan Sri” yang cuba mempengaruhi Raja-raja Melayu untuk mendapatkan gelaran kebesaran.
” Tan Sri ini telah ditahan pihak SPRM kerana dikatakan terlibat membeli gelaran Tan Sri.
“Ini satu kes hangatkan pentas politik yang mana pengakuan dibuat oleh Sultan Johor yang mendakwa Tan Sri berkenaan cuba mempengaruhi Raja-raja Melayu untuk mendapatkan gelaran Datuk Seri. Apa kesudahan kes ini?” soalnya.
Pada Mac lalu, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mahu SPRM menyiasat mereka yang cuba untuk merasuah baginda bagi mendapatkan anugerah pingat daripada Yang di-Pertuan Agong.
Sultan Johor ditawarkan RM2juta untuk mencadangkan nama individu berkenaan kepada Ketua Setiausaha Negara bertujuan memperoleh gelaran ‘Tan Sri’.
Manakala isu mengenai bekas Pengerusi Felda Tan Sri Isa samad ujar Salahuddin lagi, juga tiad tindakan lanjut dilakukan SPRM.
“Rakyat masih menunggu siasatan selanjutnya – adakah satu gimik hanya semata-mata untuk tujuan menyejukkan ‘suhu’ politik negara, langkah reman beliau dan bekukan aset, tetapi kita
dengar sebahagian telah dicairkan.
“Tetapi tindakan tidak diambil yang melibat ratusan juta ringgit,” ujarnya.
Selain itu Salahuddin turut mempersoalkan mengenai laporan Sarawak Report pada Mei lalu, yang mendakwa tauke judi Gopinathan Krishnan berhubungan langsung dengan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan memainkan peranan utama dalam menjalankan perlindungan polis di kawasan perjudian dan rumah pelacuran di Melaka.
Susulan itu SPRM menahan seramai 12 suspek kebanyakannya pegawai polis berhubung kes itu.
Khalid dalam kenyataannya dipetik berkata sekiranya terdapat bukti jenayah, beliau tidak akan campur tangan dalam siasatan suruhanjaya itu terhadap Gopinathan.
Bagaimanapun Salahuddin mempersoalkan bagaimana Khalid boleh berkawan baik dengan Gopinathan yang dikatakan Khalid sebagai ‘kawan keluarganya’. Sedangkan Gopinathan adalah tauke judi yang dikatakan dalang kepada sindiket judi haram dan rasuah judi di Melaka?
“Macamana nama penjenayah itu ada dalam ‘number contact’ beliau? Satu jawaban yang membuka tafsiran yang pelbagai yang juga mendapat liputan dalam dan luar negara. Tetapi hingga hari ini tiada tindakan dibuat yang melibatkan nama Khalid,” ujarnya.
Turut dipersoalkan kes pembunuhan Bill Kayong atau nama Islamnya Mohd Hasbie Abdullah ditembak mati di persimpangan lampu trafik dekat E-Mart Supermarket di Jalan pintas Tudan,Miri-Kuala Baram pada kira-kira 8.20 pagi, 21 Jun 2016.
Sebanyak 28 saksi pihak pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula 17 Mac 2017.
Bagaimanapun pada 6 Jun 2017 Mahkamah Tinggi Miri membebaskan dan melepaskan Lie Chang Loon, Chin Wui Ching dan ahli perniagaan Datuk Stephen Lee Chee Kiang daripada pertuduhan bersubahat dalam pembunuhan Setiausaha PKR Miri Bill Kayong.
“Bill Kayong yang terbunuh melibatkan seorang bergelar Datuk. Kematian cukup misteri. Kita rasa kesnya tidak lagi mendapat perhatian dan tindakan sewajarnya oleh peguam negara dalam kes ini,” ujarnya.
Salahuddin juga turut menyenaraikan kematian Timbalan Pendakwaraya Datuk Anthony Kevin Morais yang terus menjadi misteri hingga hari ini,katanya.
“Kita tidak mendengar sebarang siasatan dan tindakan lanjut yang dikatakan ada kaitan dengan isu sangat besar dalam negara ini,” ujar Salahuddin.
Turut disentuh Salahuddin mengenai kes membabitkan Bekas Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Abd Latif Bandi dakwanya turut membabitkan Menteri Besar Johor Datuk Seri Khalid Nordin.
“Isu penahanan dan dakwaan ke atas Datuk Latif Bandi yang bertangugngjwab ke atas projek perumahan di Johor yang ditahan dan didakwa SPRM tetapi sepi tanpa tindakan terhadap MB Khaled.
“Adun Senai telah bawa bukti yang dikatakan beliau telah di panggil IPK Johor terhadap saksi yang mengatakan beliau memberikan sejumlah wang kepada Khaled.
“Kenapa khaled tidak dipanggil SPRM? Khaed terlepas begitu sahaja.
“Bagi setiap negeri juga apa keputusan penting libatkan rakyat dibuat exco kerajaan neger pastinya bukan sahaja diputuskan oleh barisan exco sahaja.
“Sedangkan MB dibiarkan begitu sahaja sehingga sidang Dun baru-baru ini beliau jawab secara umum dalam jawaban pengulungan dan ini kes yang sangat ditunggu tindakan SPRM oleh rakyat dalam isu yang besar di negara ini.” ujarnya.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony dipetik berkata, Kevin Morais disifatkan menjadi mangsa pembunuhan kejam berdasarkan keadaan jasad yang merengkuk seperti kedudukan janin yang dimasukkan ke dalam karung guni sebelum disumbat dalam tong dram dan disimen,
Enam lelaki – G.Gunasekaran, 48, R.Dinishwaran, 24, A.K. Thinesh Kumar, 23, M.Vishwanath, 26, S.Nimalan, 23, dan S.Ravi Chandaran, 45, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh KevinMorais antara 7 pagi dan 8 malam, 4 Sept, 2015, di antara Jalan Dutamas Raya Sentul dan No.1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya.
Pakar Patologi tentera Kol Dr R. Kunaseegaran, 53, yang merupakan tertuduh pertama, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan enam lelaki dalam pembunuhan Kevin Morais di tempat, tarikh dan masa sama.
Pada 20 November 2017 lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Pakar Patologi tentera Kolonel Dr. R. Kunaseegaran dan enam lagi lelaki untuk membela diri atas pertuduhan membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais, dua tahun lalu.