Sudah 4 bulan, kerajaan PH belum buka semula kes pembunuhan Altantunya kabarmalay3.blogspot.com

Pada bulan Oktober tahun lepas, saya telah mengarahkan pembantu saya untuk membuat laporan polis terhadap saya untuk meminta pihak polis menyiasat saya tentang semua kes-kes pembunuhan yang pernah dikaitkan dengan saya.

"Saya mahu pihak polis untuk MEMBUKA SEMULA SIASATAN ke atas kes-kes ini. Jika hasil siasatan ini menunjukkan majikan saya tidak terlibat maka saya mahu polis membersihkan nama Dato' Sri Najib Tun Razak."

Bukan main lama. 

Sudah 10 tahun, jentera dan propaganda DAP berkali-kali menuduh saya adalah pembunuh Altantunya Shaariibuu, Kevin Morais, Hussain Najadi, Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed.

Semua kertas siasatan dan kuasa agensi-agensi siasatan untuk semua kes pembunuhan ini ada pada tangan Kerajaan PH. 

Oleh itu, saya mahu semua tuduhan-tuduhan pembunuhan terhadap saya disiasat dan diputus supaya kita tahu siapa yang benar-benar berdosa.

Tetapi setelah lebih dari 4 bulan, kerajaan PH masih tidak membuka semula kes-kes pembunuhan ini.

Dengan perkembangan terkini ini, saya harap semua rakyat Malaysia tidak lagi melibatkan nama saya dengan semua kes-kes pembunuhan ini.

Adalah sangat zalim jika nama seorang difitnah sebagai pembunuh. 

Apatah lagi jika difitnah berterusan telah membunuh 5 orang?

Jika PH berani fitnah seorang sebagai pembunuh bersiri, apa lagi mereka tidak berani fitnah terhadap individu itu?

Perlu diingati bahawa angkara fitnah itu lebih besar dosanya daripada pembunuhan.

Oleh :Najib Razak 

Subscribe to receive free email updates: