Penguatkuasa Bakal KENA: Mengintai, menghendap bakal jadi kesalahan jenayah - V.K Liew kabarmalay3.blogspot.com


KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Perbuatan mengintai dan menghendap bakal menjadi satu kesalahan dan rang undang-undang (RUU) mengenainya dijangka akan dibentang di Parlimen Julai ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Beliau berkata dokumen-dokumen penting berkaitan RUU berkenaan telah diserahkan kepadanya untuk diteliti, seterusnya dibawa kepada Jabatan Peguam Negara untuk semakan, sebelum dibentang kepada Jemaah Menteri untuk persetujuan dan kelulusan.

“Saya kini sedang meneliti draf rang undang-undang tersebut yang telah siap. Ia boleh dibentang dengan cepat jika ada kesungguhan, saya menjangka pada tahun ini juga. Untuk sesi persidangan (Parlimen) bulan Mac mungkin tidak sempat kerana terlalu suntuk, tapi kita melihat kemungkinan bulan Julai dan Oktober.

Subscribe to receive free email updates: