Kaedah REIT, Jual Airport & Hospital? Apa lagi PH mahu jual - Najib kabarmalay3.blogspot.com

Jika PH terang-terang kata kepada Rakyat:

"Kita mahu jual semua airport dan bangunan hospital milik kerajaan".

Tentu ramai akan marah. 

Kesian pulak admin FB mereka penat-penat delete komen nanti.

Sebenarnya, Menteri Kewayangan sudah umum rancangan untuk jual dalam Bajet 2019.

Tapi rakyat biasa tak sedar kerana cara licik mereka umumkan.

PH kata mahu kumpul dana dengan cara REIT untuk lapangan terbang dan hospital. 

Sebenarnya, REIT ialah satu kaedah untuk jual aset.

Semua lapangan terbang dan bangunan hospital milik kerajaan akan dijual kepada sebuah syarikat REIT yang baru ditubuh.

Lalu 30% dari saham (atau dipanggil "unit") dalam syarikat REIT ini akan dijual kepada pelabur swasta termasuk pelabur asing.

Maka, pihak swasta akan memilik kepentingan 30% dalam semua airport dan bangunan hospital kerajaan.

Kini, syarikat milik Khazanah Malaysia Airports (MAHB) bayar sewa untuk guna lapangan terbang kepada kerajaan.

Satu hari nanti, MAHB akan bayar sewa pula kepada syarikat REIT - bukan lagi kepada kerajaan.

Oleh itu, levi pelepasan ke luar negara di semua airport di negara sebanyak RM40 seorang akan dikenakan kepada penumpang bermula 1 Jun 2019.
http://bit.ly/2DKj9jm

Kini, hospital-hospital kerajaan tidak bayar apa-apa sewa kepada kerajaan untuk guna bangunan-bangunan hospital.

Satu hari nanti, hospital-hospital kerajaan akan bayar sewa kepada syarikat REIT.

Maka kos operasi tahunan hospital-hospital kerajaan pun akan naik juga.

Pihak swasta akan dapat 30% dari sewa-sewa yang dibayar setiap bulan.

Hari ini, PH cadang mahu jual kepentingan 30% sahaja dalam REIT.

Apabila sudah buat REIT, senang saja untuk jual baki 70% itu pada masa depan

Apa lagi PH mahu jual?

Oleh : Najib Razak 

Subscribe to receive free email updates: