Siapa BERKUASA, DAP atau Tun M: keputusan PPBM ke Sabah mesti PH tentukan - Guan Eng kabarmalay3.blogspot.com


GEORGE TOWN: Isu kemasukan PPBM ke negeri Sabah seharusnya dibincangkan dalam mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Harapan (PH), kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Lim yang juga menteri kewangan berkata sebarang keputusan berhubung perkara itu perlu diputuskan dalam mesyuarat majlis pimpinan PH.
“Tentang isu PPBM masuk Sabah, seperti yang saya sebut juga tentang kemasukan anggota Umno, perkara ini harus dibincangkan dalam (mesyuarat) majlis pimpinan PH kerana (Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) pun sudah bersetuju.
“Kita tunggu mesyuarat itu, kita akan tentukan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Pusat Khidmat Kawasan Dewan Undangan Negeri Air Itam, di sini, hari ini.
Semalam, Dr Mahathir yang juga pengerusi PPBM dilaporkan berkata, parti itu bersetuju untuk menubuhkan cawangannya di Sabah bagi membolehkan bekas anggota Umno Sabah menyertainya
.
Dr Mahathir berkata keputusan itu dibuat selepas anggota Umno Sabah yang bertindak keluar parti tidak mahu menyertai Warisan yang merupakan sekutu PH. - FMT

Subscribe to receive free email updates: