Ramai Menteri TIADA Pengalaman - Tun Mahathir (PATUTLAH HURU HARA, Menteri Segala Agama PALING teruk) kabarmalay3.blogspot.com


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata khidmat Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) masih diperlukan kerana anggota Kabinet yang ada, tidak berpengalaman.
Perdana Menteri berkata, majoriti anggota Kabinet yang dilantik selepas perubahan kerajaan 9 Mei lalu masih baharu untuk melaksanakan tugasan dengan cepat.
Anggota Kabinet tiada pengalaman, ramai yang baharu. Jadi, saya perlu bekerja dengan cepat dan sebab itu saya memerlukan sesiapa yang berpengalaman untuk menyusun sesuatu tugas.
“Menteri baharu tidak berapa tahu mengenai tanggungjawab setiap kementerian, mereka masih tercari-cari. Mereka tidak boleh melakukan banyak siasatan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan sesi ‘townhall’ bersama Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai peranan MPK yang sering dikritik oleh pihak pembangkang.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, MPK masih diperlukan dan akan terus diketuai Tun Daim Zainuddin, namun peranan majlis itu akan diperbaharui.
Saya bercakap mengenai peranan baharu tapi orang yang sama sekurang-kurangnya kepemimpinan (MPK) masih Tun Daim tetapi saya hendak cari peranan baharu untuk mereka,” katanya.
Mengulas mengenai pelantikan Dr Muhammed Abdul Khalid sebagai penasihat ekonominya, beliau berkata pelantikan itu tidak bercanggah dengan MPK.
Beliau bukan dengan MPK, beliau dilantik untuk saya bagi memberi analisis berterusan berhubung ekonomi negara kepada saya,” katanya. - BH

Subscribe to receive free email updates: