Anwar 'comeback' Oktober ini, nantikan kabarmalay3.blogspot.com


KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan bakal ‘comeback’ sebagai Ahli Parlimen, Oktober ini.

Memetik laporan Berita Harian, Anwar akui masih belum memutuskan kerusi mana yang bakal ditandingi dalam pilihan raya kecil (PRK).

“Saya sudah jelaskan perkara ini secara peribadi dan umum yang saya akan kembali ke Parlimen, insya-ALLAH jika menang (PRK) sebelum hujung tahun...mungkin Oktober,” katanya.

Langkah itu dilihat sebagai persediaan untuk Anwar menjadi Perdana Menteri Kelapan susulan perjanjian PH yang dipersetujui Januari lalu menetapkan Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Ketujuh dan Anwar sebagai Perdana Menteri Kelapan.

Beberapa pemimpin PKR sebelum ini turut menyatakan kesediaan menawarkan kerusi mereka kepada Anwar.

Menurut Anwar, beliau sedang menimbangkan beberapa kawasan termasuk tawaran yang serius oleh beberapa pihak kepadanya.

Saya ada pertimbangkan satu kerusi ini, beliau menawarkan kepada saya tetapi apabila dilihat prestasi, beliau seorang ahli Parlimen yang sangat baik... saya rasa rugi pula, jadi semuanya sedang dipertimbangkan,” katanya.

Katanya, beliau memerlukan keselesaan di kawasan seperti Permatang Pauh yang sudah seperti adik beradik.

Ini soal untuk kita memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Kita perlukan keselesaan itu, seperti di Permatang Pauh kita rasa macam adik beradik, boleh melawak begitu dan begini dan saya sangat yakin dengan mereka begitu juga mereka (pengundi).

“Hendak mencapai tahap sebegitu tidak mudah kerana ia mengambil masa,” katanya.

Namun kerusi yang ditandingi bukan Parlimen Pandan susulan penafian yang dibuat isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga wakil rakyat kawasan tersebut.

Subscribe to receive free email updates: