Kementerian Kewangan lantik syarikat berkaitan anak Dr M bekal bahan api kenderaan kerajaan kabarmalay3.blogspot.com

Kementerian Kewangan melantik syarikat minyak Petron sebagai pembekal bahan api untuk kegunaan kenderaan kerajaan, memetik memorandum yang tersebar di media sosial.
Pelantikan dibuat menerusi memorandum kementerian kepada Petron Fuel International Sdn Bhd yang ditandatangani Setiausaha Bahagian Pengurusan Aset Awam, Ahmad Suhaimi Endut, bertarikh 3 Ogos.
Untuk makluman pihak tuan, Kementerian Kewangan (MOF) telah melantik Petron Fuel International Sdn Bhd (Petron) sebagai salah satu pembekal bahan api untuk kegunaan kenderaan kerajaan melalui kad inden.
MOF berharap perlantikan Petron akan dapat memberi pilihan dan alternatif yang lebih baik kepada pembekal bahan api sedia ada,” katanya menurut memorandum itu.
Surat itu diterima oleh pejabat ketua setiausaha Kementerian Luar Negeri pada 23 Ogos.
Sementara itu, sumber di Kementerian Kewangan mengesahkan pelantikan itu.
Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd pada Jun 2013 mengesahkan anak perdana menteri, Mirzan Mahathir adalah ahli lembaga pengarah syarikat induknya, Petron Corporation Filipina.
Beliau menjadi pengarah Petron Corporation pada 13 Ogos 2010 dan memegang 1,000 saham. - fmt

Subscribe to receive free email updates: