Prof Khoo Kay Khim kata sejarah kena belajar, bukan sembang kedai kopi kabarmalay3.blogspot.com


18 Zulhijjah 1439H, Khamis – Sejarawan Negara, Tan Sri Prof Emeritus Dr Khoo Kay Khim kesal dengan sistem pendidikan negara yang seolah-olah tidak menggalakkan kepentingan subjek Sejarah.
Beliau berkata, sepatutnya kefahaman mengenai sejarah perlu diasah sejak zaman persekolahan supaya terus dihayati dan dikenang sepanjang zaman.
Justeru, katanya, Kementerian Pendidikan perlu memikirkan kaedah berkesan untuk mengukuhkan kefahaman sejarah, khususnya di kalangan pelajar.
Sejarah ini ada bukti. Bukan boleh sembang kedai kopi. Nak bagi mereka faham sejarah kena belajar. Sistem pendidikan kena terap betapa pentingnya sejarah.
“Misalnya Rukun Negara, adakah sekadar menghafal? Hafal saja tapi tak faham nak buat apa. Sebab itulah wujudnya segelintir pihak yang mempertikaikan beberapa perkara dalam Perlembagaan Persekutuan kerana mereka tak faham.
“Satu lagi bila bercakap soal sejarah, ia bukan ‘commen sense’. Semua kena belajar. Yang jadi masalah sekarang, ramai yang jahil sejarah. Bila bercakap kosong,” katanya dalam Bicara Persada ke-48, ‘Pembinaan Tamadun: Sayangi Malaysiaku’ di Universiti Kebangsaan Malaysia, hari ini.
Sementara itu, mengulas mengenai penambahbaikan pemahaman subjek Sejarah di dalam sistem pendidikan Prof Khoo berkata, perkara berkenaan boleh dilakukan, namun perlu ada desakan daripada rakyat.
Semuanya terpulang kepada kementerian. Kementerian tak mahu dengar apa boleh buat. Tapi rakyat boleh minta. Kalau kementerian tak mahu buat, rakyat boleh cabar. Tapi rakyat tak faham.
“Sebab rakyat selalu diberitahu oleh ahli politik, rakyat tidak boleh soal sebab mereka adalah pemimpin. Kalau jumpa ahli politik rakyat pakat tunduk. Wakil rakyat patut berkhidmat untuk rakyat. Tapi sebaliknya berlaku di negara kita,” katanya. - ismaweb

Subscribe to receive free email updates: