Fahaman SEKULAR lah endemik sebenar kabarmalay3.blogspot.com


1. Kenyataan Shareena Sheriff wakil Sisters in Islam (SIS) ini jelas membawa seruan sekularisme tatkala menyifatkan usaha untuk memisahkan Islam daripada fungsi kerajaan sekarang ataupun dalam masa terdekat sukar untuk dilakukan.

Barangkali jika ideologi “Islam” mereka yang diserap, maka tidak menjadi masalah!

2. Sangat keji apabila Islam disifatkan sebagai “endemik” iaitu menurut kamus dewan bahasa: Penyakit yang sentiasa terdapat pada seseorang atau suatu daerah!

Sedangkan Islam ialah penawar yang bersifat:

a) Rabbani (Ketuhanan)

Firman Allah:
قُلۡ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحۡيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ *لَا شَرِيكَ لَهُ ۥ‌ۖ وَبِذَٲلِكَ أُمِرۡتُ وَأَنَا۟ أَوَّلُ ٱلۡمُسۡلِمِين
“Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)” [al-An’am].

b) Syumul (Menyeluruh).

Firman Allah:
وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَى لِلْمُسْلِمِينَ
“Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayat petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan, bagi orang-orang Islam” [al-Nahl].

c) ‘Alami (Global).

Firman Allah:
قُلۡ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنِّى رَسُولُ ٱللَّهِ إِلَيۡڪُمۡ جَمِيعًا
“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya” [al-A’raf].

d) Waqi’i (Releven).

Firman Allah:
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌
“Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang dia mampu…” [al-Baqarah].

e) Wasati (Kesederhanaan yang terbaik)!

Firman Allah:
وَكَذَٲلِكَ جَعَلۡنَـٰكُمۡ أُمَّةً۬ وَسَطً۬ا
“Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil” [al-Baqarah].

3. Beliau juga menyeru supaya agama itu suatu perkara yang terbuka untuk dibahaskan serta dibincangkan.

Bincang yang bagaimana jika seruan-seruan dialog terhadap ideologi liberal mereka tidak disahut?

Terbuka bagaimana jika program-program diskusi, dialog atau debat agama bersama Dr. Zakir Naik pun mahu ditutup?

4. Katanya lagi: “Sudah tiba masa bagi pihak-pihak lain ini untuk ke hadapan dan menunjukkan terdapat jenis Islam yang berbeza yang dimahukan oleh orang-orang berlainan…”, selain menambah terdapat versi Islam yang sesuai dengan umat Islam moden, sistem kepercayaan dan budaya-budaya berlainan.

Sis, Islam tidak pernah menyekat khilaf yang mahmud (harmoni) dan sentiasa bertoleransi akannya sebagaimana yang terdapat dalam perbahasan-perbahasan ilmu fiqh dan seumpamanya. 

Yang dicela ialah khilaf yang menyelisihi dalam perkara-perkara yang sudah jelas nas-nas al-Quran dan al-Sunnah akannya dan menyanggahi ijmak yang disepakati.

Sejak bila Islam kelihatan tidak sesuai dengan masyarakat moden dan kepelbagaian budaya atau bangsa?

Adakah Islam akan dirasakan moden bila menyokong LGBT, membuka aurat, berbogel seperti orang barat, menzahirkan maksiat, atau bebas tanpa batasan? Ketika itu Islam akan kelihatan universal dan releven di mata hati kalian??

Siapa yang sebenarnya endemik??

Benarlah mereka ini sebagaimana firman Allah:
فَإِنَّہَا لَا تَعۡمَى ٱلۡأَبۡصَـٰرُ وَلَـٰكِن تَعۡمَى ٱلۡقُلُوبُ ٱلَّتِى فِى ٱلصُّدُورِ

“Yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada!” [al-Hajj]

Subscribe to receive free email updates: