Peguam Eric Paulsen dilepas bebas tuduhan menghasut kabarmalay3.blogspot.com


KUALA LUMPUR, 15 Ogos  (Bernama) —  Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan peguam Eric Paulsen dan bekas Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan  atas pertuduhan menerbitkan penerbitan dan mengeluarkan kenyataan menghasut dalam laman sosial.?

Hakim M.M Edwin Paramjothy membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Norinna Bahadun memaklumkan pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan dan tidak berhasrat meneruskan pendakwaan terhadap mereka yang merupakan Orang Kena Saman (OKS).

Mengikut pertuduhan, Paulsen, 45, didakwa menerbitkan penerbitan menghasut berhubung dakwaan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggalakkan ekstremisme setiap Jumaat,  di dalam Twitter miliknya.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu  di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5), Bukit Aman, di sini pada 10 Jan 2015.

Arutchelvan, 51, pula didakwa menerbitkan satu penerbitan yang menghasut di laman sosial Facebook berhubung kenyataan akhbar beliau terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat II Anwar di Pejabat Bahagian Siasatan Perundangan D5, Ibu Pejabat Kontinjen di sini pada 12 tengah hari, 12 Feb 2015.

Pendakwaan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.....

Subscribe to receive free email updates: