Semua 175 Buah Kedai Serbaneka 7-Eleven Indonesia Tutup Operasi ! kabarmalay3.blogspot.com


JAKARTA: Indonesia kini tidak lagi mempunyai kedai runcit franchais 24 jam, 7-Eleven apabila semua kedai serbaneka itu akan ditutup mulai 30 Jun. Penutupan semua 141 kedai itu diumumkan oleh syarikat pemilik rangkaian 7-Eleven Indonesia, PT Modern International dalam kenyataannya kepada Bursa Efek Indonesia baru-baru ini. 

Media tempatan memetik Pengarah PT Modern International, Chandra Wijaya sebagai berkata pemberhentian operasi semua kedai 7-Eleven itu disebabkan masalah kekurangan sumber dan urusan jual-beli saham perniagaan. PT Modern International sebelum ini dilaporkan bersetuju menjual perniagaan rangkaian 7-Eleven Indonesia kepada PT Charoen Pokphand Restu Indonesia tetapi penjualan saham dan aset itu dibatalkan baru-baru ini setelah kedua-dua syarikat itu gagal mencapai kata sepakat.

Sehingga September 2016, terdapat 175 kedai 7-Eleven di Indonesia yang hanya beroperasi di Jakarta dan pada akhir tahun lepas lebih 20 kedai itu ditutup secara berperingkat atas alasan tidak menguntungkan. 

Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan kedai 7-Eleven menutup operasi mereka sejak minggu lepas lagi dengan meletakkan notis mengenai pemberhentian operasi. Francais rangkaian 7-Eleven mula memasuki Indonesia pada 2008 dan dikelolakan oleh PT Modern Sevel Indonesia, anak syarikat PT Modern International. 

Menurut laporan kewangan suku pertama 2017 PT Modern International, hasil penjualan 7-Eleven mengalami penurunan sebanyak 37.17% daripada Rp220,66 juta (kurang RM300) kepada Rp138,62 juta. Sementara itu Menteri Perdagangan Indonesia Enggartiasto Lukita menyangkal dakwaan penutupan 7-Eleven itu menunjukkan kelembapan sektor peruncitan di Indonesia kerana masih banyak kedai runcit 24 jam tempatan beroperasi seperti biasa. 

Katanya penutupan itu disebabkan masalah dalaman dan kerugian yang dialami syarikat tersebut. Beliau berkata, pihaknya bercadang bertemu dengan pengurusan syarikat berkenaan bagimendapat maklumat lanjut mengenai penutupan kedai francais itu. #sumber

Subscribe to receive free email updates: