Bekas ADUN Salor meninggal dunia kabarmalay3.blogspot.com

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KOTA BHARU: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Rusli Ibrahim meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) akibat sesak nafas.
 
Allahyarham yang juga bekas Senator pada 2008 menghembuskan nafas di sisi ahli keluarganya jam 6 petang semalam.
 
Pengarah Komunikasi PKR Kelantan, Mohd Sukirman Mustafa, ketika memaklumkan perkara itu berkata, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Perol.
 
Allahyarham yang menjadi ADUN pada 1990 selepas memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) atas tiket Semangat 46, juga bekas Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan sebelum menyertai PAS.
 
Pada September tahun lalu, Allahyarham menyertai Parti Amanah Negara.
 
 

Subscribe to receive free email updates: