SPRM tahan tiga individu terlibat kes FIC kabarmalay3.blogspot.com

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu bagi membantu siasatan berhubung pembelian sebuah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching, Sarawak pada tahun 2014.

 
Memetik laporan Utusan Malaysia, dua daripada mereka adalah pengarah sebuah syarikat yang dilantik sebagai agen untuk menguruskan pembelian hotel tersebut.

Kedua-duanya yang masing-masing berusia 47 dan 51 tahun itu ditangkap di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pukul 9 pagi tadi apabila hadir untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes tersebut.

 
Manakala seorang lagi yang ditahan di pejabat SPRM Kuching pada jam 1.30 tengah hari merupakan pengarah syarikat berusia 57 tahun yang memiliki hotel tersebut.

 
Pengarah Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd. Ghani yang mengesahkan penahanan mereka berkata, dua pengarah syarikat agen tersebut telah direman selama tujuh hari sehingga 4 Ogos di Mahkamah Putrajaya hari ini bagi membantu siasatan.
 
 

Subscribe to receive free email updates: