Ketua Umno cawangan dikhuatiri hilang kabarmalay3.blogspot.com

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PERMATANG PAUH: Seorang Ketua Umno cawangan dikhuatiri hilang apabila gagal dikesan selepas keluar dari rumahnya pagi semalam untuk menghadiri majlis penganugerahan pingat kehormatan negeri di Dewan Seri Pinang.
 
Rahmat Idrus, 60-an yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kg Baharu, Pinang Tunggal di Kepala Batas dipercayai keluar dari rumahnya pada pukul 6 pagi semalam dengan menaiki motosikal jenis Honda EX5 dengan nombor pendaftaran PKM9455.
 
Menurut anaknya Zairawati, bapanya yang mengalami demam memakai baju Melayu berwarna hitam dan kali terakhir dikesan menaiki feri menghala ke Butterworth tengah hari semalam.
 
“Ayah saya keluar dari rumah seorang diri menaiki motosikal untuk menerima pingat sempena sambutan Ulang Tahun ke-79 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas dan tidak pulang sehingga pukul 9 malam tadi.
 
“Berdasatkan maklumat yang diterima, ada individu melihatnya di dalam feri menghala ke Butterworth dan keadaannya agak lemah kerana kurang sihat, “katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
 
Tambahnya, dia juga merujuk kepada beberapa hospital namun nama bapanya tiada dalam senarai pesakit dan ini lebih membimbangkan mereka sekeluarga.
 
Jelas Zairawati, dia telah membuat laporan polis di Balai Polis Tasek Gelugor hari ini dan merayu sesiapa yang menemui bapanya agar menghubunginya di talian 017-5187475.
 
 

Subscribe to receive free email updates: