Najib: Jangan "Silap" Buat Pilihan, Menang Sorak Kampung Tergadai ! kabarmalay3.blogspot.com


RAUB: Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan bahaya ‘menang sorak kampung tergadai’ jika rakyat ter-silap membuat pilihan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), 9 Mei ini.

Perdana Menteri berkata, dalam membuat keputusan, rakyat perlu memilih pihak yang boleh memberi mereka manfaat.

Kata beliau, mereka boleh membuat apa sahaja pertimbangan tetapi perkara yang patut diutamakan adalah sama ada pihak berkenaan boleh membawa kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.

“Siapa? DAP, pakatan (gabungan pembangkang PKR)? Senang susah balik kepada siapa? Selama 60 tahun siapa di sisi kita, siapa membela kita dan siapa membawa pembangunan? Bukankah Kerajaan Barisan Nasional (BN)?,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang Kampus Raub di sini hari ini.

Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur; Naib Canselor UiTM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Hassan Said dan Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Seri Shahiruddin Ab. Moin.

Turut hadir calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Raub, Datin Paduka Chew Mei Fun; calon BN bagi keru-si Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam, Datuk Abdul Aziz Mat Kiram; DUN Tras, Eng Lek Pong dan Shahiruddin yang juga calon BN bagi kerusi DUN Dong.

UiTM kampus Raub yang terletak di Mukim Gali di sini didirikan bagi memberi lebih banyak peluang pembelajaran terutama kepada golongan bumiputera.

Pembinaannya yang bermula pada November 2012 disiapkan pada Oktober 2015 dan beroperasi pada hujung No-vember tahun sama.

Menurut Najib, kuasa membuat pilihan bukan kerana perasaan benci akibat terpengaruh dengan hasutan, fitnah atau janji-janji palsu.

Sebaliknya tegas beliau, pengundi perlu memikirkan siapa yang telah mengubah lanskap kehidupan rakyat dan negara yang tidak lain tidak bukan iaitu kerajaan BN.

Dalam pada itu, beliau berkata, BN tidak mahu memenangi pertempuran kecil tetapi pertempuran besar iaitu PRU-14 kerana mahu menubuhkan sebuah kerajaaan yang kuat. #sumber



Subscribe to receive free email updates: