Hadi: PAS Cadang Tubuh Kerajaan Perpaduan 'Tanpa Pembangkang' Di Perak kabarmalay3.blogspot.com


KUALA LUMPUR: Selepas konflik pembentukan kerajaan negeri Perak, Parti Islam Se-Malaysia (Pas) menawarkan idea kerajaan perpaduan iaitu gabungan ketiga-tiga parti antara Pas, Barisan Nasional dan Pakatan Harapan bagi menerajui negeri tersebut.

Hal ini dinyatakan menerusi satu kenyataan media oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di akaun Facebooknya hari ini.

“Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bermesyuarat hari ini telah membincangkan perkembangan politik semasa di Negeri Perak.

“Pas menawarkan penubuhan Kerajaan Perpaduan (kerajaan tanpa pembangkang) yang dianggotai oleh semua parti politik (Pas, PH dan BN) dengan syarat Kerajaan Perpaduan ini dipimpin oleh seorang Islam yang dipersetujui oleh majoriti ADUN Islam,” kata Hadi. #sumber



Subscribe to receive free email updates: